Thursday, November 20, 2008

Gaduh budak Melayu

Salam,

Go to fullsize image

Masa kecil2 dulu, ada beberapa kali penulis bertumbuk dengan kawan2. Tapi selalunya bukan la bertumbuk tapi tolak menolak ja. Setahu penulis, ramai yang bila nak bergaduh mula dengan hang tolak aku, aku tolak hang. Selalunya tak berakhir dengan tumbuk terajang. Mungkin cara orang Melayu kot.

Bila masuk form 1, penulis mendapat satu pengalaman yang menjadi cara penulis bertumbuk selepas itu. Dalam kelas penulis ada la seorang yang badan besar, mamat ni suka dok buli dan kata kat pelajar lain dalam kelas.

Ada sekali masa nak habis waktu, cikgu tak dak dalam kelas mamat ni kata kat penulis. Penulis pun naik marah terus pi tolak dia (macam biasa la), tapi dia tak tolak penulis terus dia bagi satu penumbuk kat dahi penulis. Bengkak la sebab dia pakai cincin, inggat ka mamat ni macam orang lain. Rupanya tidak, dia terus tumbuk dulu.

Peristiwa tu tak berakhir dalam kelas tu. Balik penulis bawa gang tunggu dekat jalan mamat ni balik. Tunggu sampai nak gelap (sekolah petang), mamat ni tak lalu lagi. Penulis tunggu sampai mamat ni lalu. Mamat ni memang lalu, penulis cabar lawan kat situ. Mamat ni tak mahu lawan, dia tak cakap apa2. Mungkin takut sebab penulis bawa gang dekat 7 orang.

Bila dia tak mahu cakap apa2. Penulis naik marah dengan dahi yang bengkak. Penulis terus belasah dia, tumbuk, sepak terajang, hantuk dengan beg. Tapi mamat ni tahan ja, tak melawan pun. Sampai letih penulis belasah dia.

Akhir sekali penulis tarik baju kat dada dia, bagi amaran kacau penulis lagi siap la. Lepas hari tu, mamat ni tak berani dah kacau penulis. Kat dalam kelas pun dia tak serupa dulu dok buli pelajar lain. Bila inggat2 rasa kesian kat mamat ni kena belasah, lebam2 dia.

Tapi penulis tak la rasa bersalah sangat sebab ada jumpa dia beberapa kali lepas habis sekolah. Dia kerja bawa lori sekarang dan satu jamaah dengan penulis. Kira ok la.

Selepas peristiwa kena tumbuk ni, penulis dapat satu cara baru bila nak bertumbuk. Tumbuk dulu baru nak tolak menolak. Memang lepas tu ada tiga kali bertumbuk, tiga2 dengan budak satu kampung.

Bila dia tolak penulis, penulis tak kasi can bagi sebijik dulu. Lepas tu gaduh sakan pun tak pa sebab dah dapat bagi sebijik. Pernah sekali tu dengan budak kira paling samseng dlm kampung. Anak Tok Ketua tua setahun dan badan besar, kat sekolah budak ni semua Cikgu kenai terutama Cgu disiplin.

Dia ni dok kata macam2 kat penulis dan dua orang kawan2 penulis. Kawan2 dan penulis pun pakat nak cabar dia bertumbuk. Sampai masa dia tunggu kami masa balik surau nak bertumbuk. Kawan2 tak berani dekat sedangkan masa pakat depa la nampak macam berani. 

Tapi penulis pi dekat budak tu.Bila dia tolak, penulis bagi sebijik kat muka. Lepas tu dia naik marah sebab kena sebijik. Terus terkam penulis, bergelut sekejap. Ada budak muda2 berdekatan mai leraikan. 

Lega penulis sebab kalau budak muda tak mai, tah macam mana jadi. Harap kawan2 tak boleh harap, penakut pahit rupanya. Tapi dalam hati penulis masa tu dok fikiaq, kalau kena teruk dengan budak tu pun. Penulis dah dapat bagi sebijik jadi la.

Ada dua pengajaran, yang boleh penulis kutip dari peristiwa silam ni. Pertama, cara gaduh budak Melayu ni sampai sekarang tak berubah sbb penulis dok tengok budak sekolah gaduh. Tolak menolak ja lebih lepaih tu selesai. Penulis tak la galak ikut cara penulis kerana cara penulis boleh peningkan guru disiplin sekolah.

Cara gaduh budak Melayu ni la yang kurangkan sikit kes bertumbuk di sekolah. Sebab tu kita lihat, tak banyak sangat kes tumbuk menumbuk di sekolah. Pengalaman penulis mengajar, nak jumpa kes pelajar bertumbuk jarang la sangat tapi bukan tak da langsung.

Kedua, jangan la percaya sangat dengan orang yang cakap hebat macam berani kerana mereka ni bila berdepan stiuasi sebenar penakut. Macam kawan2 penulis la. Sekarang ni pun, penulis jumpa ramai orang macam ni. Luar cakap hebat tapi dalam kecut.

Wassalam


Friday, November 14, 2008

Dari Parit Buntar ke ... ( 2 )

Salam,

Image Preview

Ada 2 bas yang boleh balik dari PB, bas Utama dan Konsortium. Bas Utama naik jam 9.45 mlm, Konsortium 10.45 mlm. Kedua2 bas ni selalu penuh sebab mula dari Butterworh.

Penulis pilih bas Utama kerana drivernya akan berhenti untuk solat Subuh di mana2 saja masjid, surau jika masuk waktu. Konsortium jarang yg berhenti, walau minta berhenti pun tak mahu. Maka ada yg terpaksa solat isyarat dalam bas tanda hormat waktu.

Malam tu bas Utama datang lewat sikit 10.30 mlm baru sampai PB. Penulis bersebelahan dengan seorang Mamat yg naik dari PB juga. Biasala penulis tegur dulu, kemudian sembang sikit berkenalan.

Mamat ni menantu orang PB. Kahwin dengan orang belah Kuala Kurau. Dia dok cerita fasal pi tangkap ikan kat laut. Penulis dengar ja, sbb penulis pun minat la tangkap ikan kat laut tapi tak sempat masa. Masa sekolah menengah dulu rajin la pi dengan ayah.

Dia balik dari PB sorang sebab isteri dia tak ikut, masih nak cuti di kampung. Dia kena balik kerja di sebuah hospital swasta.

Penulis selalu tak mahu sembang panjang2 sbb nak tidur dan tak mahu ganggu orang di sebelah. Tapi Mamat ni sembang panjang pula, dia mula tanya penulis biasa dengar fasal satu Syarikat yg keluar produk makanan kesihatan.

Dalam hati penulis dah dapat agak dah mesti nak promote ubat jualan langsung. Penulis bagi tau tak pernah dengar, jadi Mamat ni pun mula dia punya penerangan yang memang biasa penulis dengar dari agen jualan langsung.

Mamat ni cerita fasal ada orang yg makan produk dia dari sakit kuat jadi baik, cerita fasal macam mana nak dapat bonus bla! bla!bla!. Penulis angguk2 ja dengan suara emm! emm! emm!. Angguk tanpa suara tak boleh sbb dalam bas gelap.

Lama Mamat cerita, sampai penulis dah rasa tak selesa sbb mata dah mengantuk, kalau tak layan nanti Mamat ni terasa hati pula. Dok fikir dalam hati, macam mana nak bagi Mamat ni berhenti.

Bila dah ada idea, penulis pun kata kat Mamat ni. " Baguih juga no, bagi no. hp kat saya. Nanti bila nak masuk saya telefon". Mamat ni pun bagi no. hp dia, penulis pun bagi no hp kat Mamat ni. Lepas tu baru boleh tidur.

Peniagaan dengan konsep jualan langsung ni sebenarnya baik untuk menambah rezeki, tapi kadang2 agen2 ni tak mengenal tempat. Jumpa orang ja cerita fasal jualan langsung.

Kadang2, jika kita ada kawan yg jadi agen ni. Lama tak jumpa mereka, bila jumpa harap dapat sembang panjang fasal pengalaman dan tanya khabar. Tapi kawan yg jadi agen ni dok promote jualan langsung.

Yang jadi masalah kepada kita yg menjadi pendengar ni, kalau kita tak ambil atau jadi ahli. Lagi tu la agen ni dok cerita, so terpaksa la ambil. Seingat penulis kawan punya fasal, dah dekat 10 syarikat penulis jadi ahli.

Ahli yang tak aktif la, sbb bukan minat pun. Jadi kalau sesiapa nak tambah rezeki dengan jualan langsung. Inggatlah, tengok tempat la bila nak promote bisnes kita.

Wassalam.

Monday, November 10, 2008

Duit orang duit aku

Salam,

Go to fullsize image

Jawatan yang penulis paling tak mahu pegang dalam apa2 organisasi ialah bendahari. Kalau orang lain boleh pegang, peganglah. Kenapa macam tu? kerana penulis tak mahu pegang duit orang banyak2.

Jawatan bendahari perlukan ketelusan dan amanah. Bila pegang duit banyak2 terutama masa diri sendiri perlukan duit, apa pun boleh berlaku. Setengah orang yang pegang jawatan ini, guna duit amanah ini untuk peribadi. Dalam hatinya akan ganti balik duit tu, jadi tak timbul masalah tak telus.

Tak telus la tu, bila guna duit orang senyap2 walaupun janji dalam hati nak bayar balik. Bayangkanlah mati tak sempat bayar, tak berdosakah?. Ramai bendahari yang tak mampu untuk amanah.

Inggatlah! sapa2 yang jadi bendahari tambah2 lagi yang jaga duit jamaah, duit zakat, duit derma dan sedekah. Bila guna duit tu untuk peribadi walau janji dalam hati nak bayar balik, inggatlah kita tak tahu bila nak mati.

Itu yang dalam hati nak bayar. Yang memang seleweng duit orang, yang memang niat dalam hati nak bantai duit orang lagi la teruk.

Jadi bendahari kena ada buku untuk catat keluar masuk duit, jangan terima begitu sahaja duit orang tak catat apa2. Resit kena bagi kat orang yang bagi duit tu, kalau tak sempat hari tu, hari lain bagi resit tu.

Bila duit ditangan banyak apa pun boleh jadi. Boleh guna ikut suka hati, dah tak inggat duit tu duit orang.

Ramai orang tak amanah termasuk pemimpin politik yang menguruskan duit rakyat. Duit untuk rakyat diguna untuk kegunaan peribadi, tak inggat diperhati Yang Maha Kuasa. Duit untuk rakyat diguna sesuka hati.

Namun pemimpin politik yang macam ni banyak yang jatuh masa PRU ke 12 lalu. Naik pemimpin politik baru yang diharap akan telus.

Wasalam.

Sunday, November 9, 2008

Dari Parit Buntar ke ... ( 1 )

Salam,

Image Preview


Bila balik PB, penulis selalu naik bas Konsortium. Duduk kerusi sorang2 sebab ambil tiket awal. Sampai di PB jam 4 ke 5.00 pagi.

Dari PB selalu naik bas Utama. Selalu kerusi no. 33 ke 35. Dah banyak cerita manusia yang duduk sebelah penulis boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran kehidupan.

Bas Utama tertulis di tiket 9.45 mlm tetapi kerap sampai 10 mlm ke atas. Bas tu mula dari Butterworth. Malam tu kebetulan kerusi sebelah kosong tak da orang.

Tengok kerusi berhampiran ada seorang Mak Cik bersama tiga cucu. Sorang cucunya umur lebih kurang 3 tahun diribanya sedang tidur. 2 orang cucu lagi duduk satu kerusi.

Rasa simpati pada Mak Cik ni. Suruh dia letakkan cucu yg diribanya di kerusi kosong sebelah penulis. Mulanya Mak Cik tu tak mahu biasa la orang Melayu macam tu. Penulis kata tak pa letaklah cucu dia penulis boleh tengokkan.

Mak Cik tu setuju letak cucunya yg tidur di sebelah penulis. Penulis tanya dia, nak ke mana?, mana ayah dan mak cucunya?.

Mak Cik bagi tahu, mak cucunya tu anak dia. Kerja kilang kat Penang dok dekat Relau kawasan Bayan Lepas. Suaminya dah ceraikan dia kerana kahwin lain. Tinggalkan dia dan anak2. Duduk dengan kawan2. Jadi Mak Cik ni la kena jaga cucunya kat Jengka.

Malam tu naik bas sambil tengok cucu Mak Cik ni. Buas juga cucu dia tidur, kalih kanan kalih kiri, mungkin sebab kena selsema. Bam pun tak da kesian juga kat budak ni.

Kesian sebab dia kena selsema dan kesian sebab kecil2 lagi dah terpisah kasih sayang emak yg dok jauh, juga terpisah kasih sayang ayah yg Mak Cik tu bagi tahu dah tak inggat kat anak2.

Dari cerita ni ada beberapa perkara yg penulis rasa memang sudah menjadi trend dalam Masyarakat Melayu.

Pertama, ayah dan mak di kampung zaman sekarang bukan sahaja kena jaga anak2 dari kecil sampai besar. Tapi cucu2 mereka juga terpaksa dijaga dari kecil sampai besar. Bukan Mak Cik tadi sahaja menjadi mangsa, ramai lagi ayah dan mak yang terpaksa bekorban jaga cucu.

Sepatutnya, masa sekarang ayah dan mak yang dah tua di kampung berehat dan perbanyakkan ibadah. Bukan masa lagi untuk jaga cucu. Bila mereka nak berehat? Anak2 perlu fikirkan perkara ini janganlah bebankan mak dan ayah anda?

Kedua, lelaki yang tidak bertanggungjawab. Tahu kahwin saja bila dah ada anak, jumpa perempuan lain tinggalkan isteri dan anak2. Poligami boleh tapi periksa diri la dulu, mampu atau tidak?

Kerap sekarang yang suka nak poligami ni jenis yang kerja gaji ciput sekolah tak tinggi tapi hati besar. Kepada yang nak cuba poligami, kalau benci kat isteri pun fikirlah pada anak2.

Wassalam.

Saturday, November 8, 2008

Meja guru

Salam,

Go to fullsize image

Dulu semasa bersekolah kita menghormati guru, sehinggakan meja dan kerusi guru pun kita tak berani nak sentuh. Takut dan tanda hormat kepada guru.

Masa penulis mengajar sekolah menengah di PB. Budaya hormat kepada guru masih ada pada anak murid sekolah ini. Walaupun pelajar tu kelas belakang, lemah akademiknya tapi kerusi dan meja guru tak disentuh walaupun guru tiada dalam kelas.

Meja guru sentiasa dialas dengan penutupnya, dihiasi bunga ,dibersihkan selalu.

Sekarang penulis mengajar di tempat baru, pelajar di sini dah tak hormat kepada guru. Bayangkan mereka boleh pijak-pijak kerusi guru bila guru tiada dalam kelas. Meja guru pula tidak dialas, malah dipecah2, diconteng semacam kerusi mereka juga.

Kadang2 , bila masuk kelas nak mengajar. Kerusi guru tah ke mana tempatnya. Murid-murid sekolah ini bukan nak tolong ambil kerusi guru, buat tak tau ja. Terpaksalah guru pi ambil sendiri kerusi tu. Meja dan kerusi guru sudah tidak menjadi sesuatu yang ditakuti atau dihormati.

Berbeza sungguh murid2 di PB dengan murid2 di tempat baru ini. Mungkin persekitaran yang membezakan murid2 ini. Anak2 pesawah di PB lebih menghormati guru dari anak2 peladang sawit di tempat baru penulis mengajar.

Banyak perbezaan lagi perangai murid2 yang akan penulis ceritakan. Apa sebabnya? fikirlah sendiri.

Wasalam.

Friday, November 7, 2008

Dulu dan sekarang

Salam,

Setiap 2 minggu penulis akan balik ke Parit Buntar untuk buat kerja-kerja jamaah. Ada yang tanya kenapa tak berjuang di tempat baru?. Kerana penulis tak akan lama di tempat baru, sampai masa balik semula ke PB.

Bila balik PB bukan balik kosong, ada kerja jamaah yang kena selesaikan. Penulis lebih kepada konsep menolong rakan2 seperjuangan.

Dah tak pegang jawatan tinggi dalam jamaah. Semua dah letak sebab ambil tanggungjawab tak tak lagi tinggal di PB. Tak mahu dikata tamak sangat jawatan. Tapi kadang2 terfikir, letak tak letak pun buat kerja serupa juga.

Cuma sekarang, nak buat apa pun kena minta kelulusan. Jadi lambatlah sikit, dulu terus buat hanya minta dari Ketua jamaah sahaja.

Ada yang bagi tahu, " Cikgu dok jauh pun, kerja lebih dari yang dok sini". Tapi penulis jawab
" dak kot, depa sibuk dengan kerja masing2".

Sekarang di tempat baru, rasa lapang masa tak spt dulu sibuk tak sudah. Mesyuarat tiap-tiap malam. Sampai nak tengok tv pun tak dan. Bersama isteri dan anak2 pun tak sempat.

La ni masa banyak bersama keluarga. Kerja jamaah yg boleh tolong update web jamaah dan tolong bagi pandangan, cadangan rancang prg kpd rakan2 secara telefon.

Bila balik PB 2 minggu sekali, baru boleh buat kerja jamaah macam dulu.

La ni, rumah dekat masjid jadi boleh solat jamaah. Ada la masa hafal sikit ayat-ayat al-Quran yang dulu tak sempat nak hafal.

Dulu kerap pi kuliah dekat surau Mujahiden dan Pusat Tarbiyyah. La pi juga kuliah, tapi tempat baru kuliah kurang. Yang penting kena pi kuliah, kalau dalam masa 40 hari langsung tak pi kuliah ada titik hitam tumbuh kat hati kita.

Kadang2 dok sini boring juga, sebab dah biasa sibuk. Kekadang terfikir macam ni lah orang yang tak berjuang. Hari-hari tak da kerja dok dibawah ketiak isteri, hari-hari dok depan tv. Tak rasa kosongkah mereka?

Melalui blog ni, penulis akan cerita tentang kehidupan yang penulis kaitkan dengan orang yang duduk sebelah penulis dalam bas setiap kali penulis ulang alik dari PB ke tempat baru.

Wassalam

Blog dah lama tapi baru nak mula

Salam Ukhuwwah,

Blog ini dah lama wujud, sejak selepas PRU Ke 12. Penulis berhasrat nak luah pandangan berkaitan politik semasa. Tajuknya pun 'Tulahan' . Tulahan diambil dari perkataan 'tulah'.

Masyarakat tradisional Melayu percaya sesiapa yang derhaka kepada sultan akan ditimpa tulah. Tulah ialah bencana yang akan menimpa kepada orang yang menderhaka kepada sultan.

Tulah dalam blog ini lebih menjurus kepada tulah yang menimpa kepada orang politik dalam Pru ke 12 yang lalu. Siapa ahli politik tu?. Tak dapat nak bagi tahu, nanti menjatuhkan maruahnya.

Kenapa tulahan dan bukan tulah? nak rai bahasa banjar. Tempat penulis berjuang sebagai aktivis Islam

Tulisan dalam blog ini akan menyentuh tentang kehidupan masyarakat dan isu-isu politik semasa.

Wassalam