Monday, December 29, 2008

Ada kuasa tapi tak guna

Salam,



Balik Parit Buntar baru ni, jumpa kawan mengajar sekolah lama. Sembang pasai budak bola sekolah lama, sebab penulis dan kawan ni pegang pasukan bola sekolah. Penulis bagi seluar tutup aurat budak bola yang penulis simpan kat dia.

Penulis bincang dengan kawan bab kuasa. Penulis bagi tahu, sebenarnya ramai yang tidak menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk kebaikan. Contohnya, guru yang pegang pasukan sukan tak guna kuasa untuk suruh pelajarnya tutup aurat, sedangkan dia ada kuasa untuk arah pelajarnya pakai tutup aurat.

Kadang2 bukan guru biasa, Ustaz2 yang bawa budak sukan sekolah pun tak boleh nak arah pelajarnya tutup aurat. Begitu juga guru yang duduk dalam jamaah pun sama juga. Mungkin mereka malu?.

Kita berjuang nak kuasa, kerana dengan kuasa kita boleh laksanakan Islam. Tapi kuasa yang ada pada kita, kita tak guna. Bukan sahaja yang jadi guru sukan, yang jadi Pengetua,Penolong Kanan, HEM dan Koko juga banyak kuasa untuk arah murid ikut cara Islam. Tapi berapa ramai yang buat?.

Ramai yang berjuang dalam jamaah juga gagal guna kuasa yang mereka ada. Kuasa yang ada terhadap keluarga di bawah tangungannya tidak dilaksanakan. Anak2 tak solat, tak diarahkan solat. Anak dan isteri tak tutup aurat tak ditegurnya. Anak masuk puteri pun tak larang pun. Sedangkan mereka berjuang nak kuasa untuk laksanakan Islam.

Lepas PRU KE 12, yang berjuang untuk dapat kuasa laksanakan Islam dah dapat kuasa. Tapi sudahkah dilaksanakan Islam?. Tak sepenuhnya, sebab kongsi kuasa. Alasan tu boleh terima, tapi tak kan sama macam pemerintah dulu.

Oklah, kalau tak boleh laksanakan Islam sepenuhnya. Kuasa untuk bantu rakyat dah ada ditangan. Peruntukan dah ada, adakah rakyat dah dibantu?. Jalan kampung yang tak berturap,dah berturapkah?. Orang miskin, OKU, anak yatim dah dapat pembelaan kah?

Kalau masih macam dulu, maksudnya wakil rakyat yang dulu berjuang nak kuasa tak reti nak guna kuasa bila kuasa ada ditangan. Dah lebih sembilan bulan, kalau mengandung dah beranak.

Ramai yang berjuang untuk dapat kuasa tapi tak guna pun kuasa yang dah ada. Sama ada dia guru , suami, wakil rakyat, pegawai kerajaan semuanya ada kuasa. Gunalah kuasa anda, sementara Allah masih kurniakan kepada kita. Jangan bila Allah dah tarik, baru menyesal tak sudah.

Dato' Ismail Kamus pernah sebut pasai kuasa, Katanya ," Umno tuduh PAS gila kuasa, PAS jawab betul. Sebab nak ambil kuasa tu dari orang gila".

Wassalam.


Wednesday, December 17, 2008

Kenapa bukan Ariffin Deraman?

Salam,

Semalam penulis ada kesempatan  tengok berita tv, sekarang kempen PRK Kuala Terengganu dah mula panas. Isu bagi kedua2 parti sekarang ialah siapa calon?. 

Bn belum buat keputusan, PAS pun belum ada keputusan. Tunggu 20/12 Bn umum, 21/12 PAS pula umum. Penulis tak nak ulas calon Bn, penulis nak ulas calon PAS.

Bila baca blog, Abang Mat Sabu lah paling popular. Tapi blog tak melambangkan hasrat sebenar pengundi di sana. Bukan penulis tak suka pada Abang Mat, kalau di tempat lain dari Terengganu penulis sokong Abang Mat calon paling tepat. Tapi untuk PRK ini, penulis lebih sokong calon pilihan PAS Kawasan Kuala Terengganu.


PAS Kawasan lebih tahu kawasan mereka, kita yang diluar cuma buat andaian sahaja. PAS Negeri pun tak arif sangat tentang suasana atau kehendak pengundi tempatan . Tempat-tempat lain pun jika ada pilihanraya, calon dari PAS Kawasan perlu diberi keutamaan.

Siapa calon PAS Kawasan?. Ada beberapa nama mungkin dalam perhatian. Pertama, Dr. Syed Azman seorang yang memang layak dari segi akademik dan jawatannya, tapi dia dah jadi ADUN so bagi kepada calon lain lah. Banyak calon lagi.

Kedua, Dato' Mustapha Ali juga layak dari segi pengalamannya, tapi dia ada cakap PRU ke 12 adalah yang terakhir baginya. Bagi calon lebih muda la.

Ketiga, Dato Wan Mutalib ada kelayakan bidang guaman, berpengalaman lama sebagai ADUN, ada jawatan dalam PAS Kawasan. Dalam PRU ke 12, dia tak bertanding kerana bagi peluang calon lain, lama sanggat dah dia jadi ADUN. PRK kali ini, bagi calon lain juga kot.

Keempat, Dr. Khazani disebut-sebut paling layak, disokong pemuda Terengganu, masih muda dan kelayakan akademiknya tinggi. Namun, dia masih kurang pengalaman dan masih baru. Bagi peluang dia jadi usahawan berjaya dulu.

Kelima, Ust. Azman Shapawi Ketua Pemuda ada kelulusan agama, gaya pidato seperti Presiden. Masalahnya Ust. Azman tidak di Kuala Terengganu, dia di Dunggun. PRU ke 12, dia bertanding di satu kerusi DUN di Dunggun. Bagi calon tempatan lah.

Penulis lebih sokong calon yang keenam,siapa calon keenam ? Ariffin Deraman. 

Penulis pilih Ariffin Deraman kerana pengorbanannya yang dah lama dalam jamaah. Beliau berkelulusan Sains Komputer dari USM. Sejak di USM, beliau dah aktif. Beliaulah antara pengerak utama gerakan mahasiswa Islam di kampus USM. Bila dah keluar USM pun, beliau masih lagi membantu jamaah di kampus.

Selepas itu, beliau tidak seperti orang lain bekerja dan bergaji besar dengan ijazah di tangan. Sebaliknya, beliau menginfaqkan dirinya kepada jamaah, bekerja sepenuh masa dengan parti. Dapat la elaun, tapi kecil tak sebesar gaji orang berijazah.

Sehingga beberapa lama, beliau terus berkhidmat untuk parti. Walaupun jasanya terlalu besar kepada parti. Namun, beliau tak pernah dicalonkan oleh parti untuk bertanding pilihanraya. Oleh kerana tak pernah dicalonkan, tak pernah jadi ADUN. Maka, namanya tak taklah tersohor di mata umum. Tapi di mata orang jamaah di Terengganu, memang namanya cukup dikenali termasuk oleh Presiden.

Khabarnya, parti tak calonkan dia, kerana dia selalu tolak untuk dicalonkan. Bagi penulis orang merendah diri seperti inilah yang patut dicalonkan.

Walaupun mempunyai ijazah komputer, beliau tidak tidak lupa menimba ilmu agama. Selepas PAS tewas di Terengganu PRU ke 11, beliau sanggup keluar belanja sendiri pergi ke Timur Tengah untuk tingkatkan ilmu agama dan Bahasa Arab. Sekarang pun, ramai yang panggil beliau Ust. Ariffin kerana ilmu agamanya. Bagi penulis, beliau melengkapi syarat pemimpin yang parti mahu iaitu profesional agama.

Sejak keluar USM, beliau mendaki jawatan dari cawangan sehinggalah sekarang memegang amanah besar sebagai AJK DPP Pusat, Pengerusi JPN Pemuda Pusat, Timbalan Ketua Pemuda Terengganu dan Setiausaha JPN Terengganu.

Dari segi kepetahan berpidato dan berhujjah, rasanya orang Terengganu dah dengar hebatnya beliau semasa menyampaikan ceramah. Orang luar mungkin tak pernah dengar kerana beliau jarang berceramah di luar Terengganu.

Penulis ada mendengar orang seperti Ariffin Deraman tak boleh dipilih, nanti kalau menang siapa nak jaga jamaah?. Inilah masalahnya, bagi penulis orang seperti Ariffin Deraman inilah yang akan jaga dan bawa kepentingan jamaah kerana tarbiyyahnya dalam jamaah tidak ada siapa boleh nafikan.

Ramai yang suka calon yang dipilih mesti ada PHD baru lah boleh lawan calon Bn. Bagi penulis, walaupun ada PHD tapi tak boleh bawa agenda perjuangan jamaah, apa gunanya?. 

Ramai juga kata, calon mestilah popular kepada pengundi tempatan. Ariffin Deraman dah terkenal di mata pengundi tempatan. Lama dah beliau dalam PAS Kawasan dan berurusan dengan penduduk Kuala Terengganu. Dah lebih 20 tahun beliau bergelumang dengan rakyat Kuala Terengganu.

Penulis berharap tulisan ini tidak mempengaruhi pemilihan PAS Pusat terhadap calon PRK Kuala Terengganu. Cuma pandangan ikhlas dari seorang yang juga berjuang untuk jamaah. Apa yang penting, siapa calon pun. Bn mesti kita tumbangkan di Kuala Terengganu.

Wassalam.

Thursday, December 11, 2008

Takut bayang - bayang sendiri

Salam,

Go to fullsize image

Masa nak urus kemasukan anak bongsu ke sekolah rendah Islam tempat baru penulis. Penulis dengar cerita dari isteri pasai keenganan suami kawannya hantar anak ke sekolah rendah Islam kerana takut jika mereka pindah kemana2, anaknya tak boleh dah masuk sekolah kebangsaan.

Suaminya ni Ustaz, mengajar di sebuah universiti. Tak tahulah macam mana suaminya boleh fikir sampai tahap tu. Tapi bagi penulis bukan itu alasan sebenarnya. Yang betulnya Ustaz ni takut sebab sekolah ni dikelola oleh orang PAS, jadi kalau pentadbir universitinya tahu dia akan disingkir.

Sebenarnya dia takut pada bayang2ya sendiri. Walaupun yg tadbir sekolah ini orang PAS, banyak ahli akademik yg hantar ke sekolah ini untuk penuhkan ilmu agama anak2 disamping ilmu akademik biasa. Hatta anak nazir kementerian pun ada hantar di sini. Anak doktor, jurutera, cikgu, pensyarah sampai anak Pengarah Uitm cawangan pun hantar. Tak tahu macam mana ustaz ini boleh takut nak hantar.

Inilah yg berlaku sekarang, bukan orang biasa yang takut tapi orang yang penuh ilmu agama yang takut. Dalam perjuangan pun macam tu juga. Kat kawasan tak ramai ustaz2 ini yg berani berjuang dalam jemaah. Mungkin di Kelantan dan Terengganu ramai, tapi kawasan lain boleh kira dengan jari. Balik dari Mesir, Jordan, Pengajian Islam UM,UKM, UIA bila dah kerja kerajaan kira kena ikut akujanji.

Tempat penulis di Parit Buntar pun macam tu, hanya sorang yang berani. Ustaz2 lain yang mengajar sekolah kerajaan semua takut. Bukan tak dijemput, tak dipujuk dah macam2 dibuat tapi tetap tak berani. Jawapan mereka " kami sokong kot belakang". Mungkin nak tunggu pencen. Sampai tahap pi ceramah pun takut.

Yang ramai berjuang sekarang lulusan bukan agama, cikgu2 akademik biasa. Sebab tu bila orang dok bising profesional nak kuasai jamaah, penulis tak heran. Sebab bukan salah profesional, salah ustaz2 penakut ini yang tidak isi kekosongan dalam jamaah. Apa nak heran profesional jamaah kita pun boleh jadi macam Tayyib Erdogan, Aziz Rantissi, Rashid Ghounussi, Najmuddin Erbakan.

Cerita bab takut ini, jamaah tak suruh pun naik pentas ceramah. Apa yang takut sangat?. Takut kena tukar. Itu cerita dulu2, la tak ramai yang kena tukar sebab kerajaan tak mahu hilang duit bayar elaun pindah. Takut tak naik pangkat, apalah sangat pangkat tu bukan boleh bawa mati. Tapi yang penulis dok perati. Cikgu2 yang aktif jamaah pun naik pangkat, dapat cemerlang. Sebabnya mereka ini cemerlang dalam tugas bukan pemalas.

Ada yang cerita, ada ramai SB yang dok perati mereka jadi tak boleh berjuang. Habis, cikgu2 yang dok berjuang tak dak SB ikut mereka?. Mana ada SB nak ikut, depa pun ada kerja lain. Yang pastinya, hangpa takut pada bayang2 sendiri.
 
Nak cerita pasai orang takut berjuang ini banyak. Penulis boleh cerita sejak berjuang kat kampus dulu sampai la ni. Biaq dululah, kalau rajin penulis cerita. Cuma penulis inggatkan kepada mereka yang takut berjuang. Sedarlah rezeki Allah yang kurniakan. Kalau Allah nak tarik rezeki kita, tak nanti berjuang jamaah. Tak berjuang pun Allah boleh tarik rezeki kita.

Contohnya, tiba-tiba saja anak kita sakit kena keluarkan duit banyak untuk buat pembedahan. Itu Allah sedang tarik rezeki kita la tu. Tiba-tiba kita kemalangan jalanraya, patah kaki atau sakit berpanjangan guna duit banyak untuk berubat. Itu Allah tarik rezeki kita la tu. Macam2 lagi boleh jadi, Allah Maha Kuasa.

Wassalam.