Friday, October 30, 2009

Bajet Zombi ciplak akan jadi manifesto BN

Salam,


Sidang Dun Perak dah selesai, seperti dijangka akan berlaku kecoh tapi itu semua tidak penting bagi Ubn asalkan bajet lulus. Sebab tu la kompenen tak rasmi Ubn tak bagi Adun PR masuk awal, depa dah rancang bila Zombi dah bentang bajet baru bagi masuk.

Walaupun bentang dalam masa 20 minit pun tak kisah, janji bentang dan Adun PR tak dapat halang Zombi bentang. Kenapa Ubn nak sangat bajet ini lulus? sebab inilah manifesto Ubn jika Dun bubar dan Ubn boleh guna peruntukan bajet untuk beli rakyat Perak jika Dun bubar tahun depan.

Selama lebih 50 tahun Ubn perintah, tak pernah rakyat berjumpa bajet macam ini. Tapi demi nak umpan rakyat segalanya jadi bagi Ubn.

Tak kira la orang nak kata bajet haram ka, bajet coca cola ka peduli apa. Yang penting Ubn berada dalam landasan perancangan mereka bersama kompenen2 tak rasmi.

Dalam masa 20 minit apa yang dibentang? bajet yang diciplak dari idea PR dan apa yang diperjuangkan PR. Malah peruntukkan lebih dari bajet PR dulu. Kalau rakyat Perak baca bajet ini, pastinya ramai yang akan kata baguihnya Zombi.

Bajet Perak PR 2009 peruntukkan Seribu hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan secara komersial.

Bajet Zombi menyumbangkan RM400,000 setahun bagi setiap sekolah melibatkan sembilan sekolah persendirian Cina (SUWA).

Bajet Perak PR 2009 peruntukkan RM1 Juta untuk Takaful Kifalah kepada kematian warga emas berusia 65 tahun ke atas.

Bajet Zombi beri insurans perlindungan takaful berkonsepkan Tabaruk berjumlah RM4 juta disediakan untuk golongan warga emas, ibu dan bapa tunggal, golongan miskin dan orang kurang upaya.

Bajet Perak PR 2009 peruntukkan RM 4.9 juta untuk pendidikan Islam - elaun guru/penyelia KAFA, Tadika Islam dan bantuan per kapita SAR.

Bajet Zombi peruntukkan sejumlah RM4.68 juta diperuntukan bagi sumbangan tambahan kerajaan negeri kepada elaun guru kelas Kafa daripada RM75 sebulan kepada RM200 melibatkan sebanyak 3,120 guru.

kemudian, peruntukan RM1 juta disediakan bagi menampung perbelanjaan pembayaran elaun kepada guru yang mengajar subjek agama dan Al-Quran di Sekolah Agama Rakyat.

Bajet Perak PR 2009 peruntukkan RM2 juta untuk Tabung Khas Kebajikan Rakyat - membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang susah

Bajet Zombi, sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi tujuan program pembasmian kemiskinan yang mana sebanyak RM2 juta bagi membaik pulih rumah, RM4 juta bagi program membasmi kemiskinan mengikut pendekatan dan modul yang berjBoldaya dilaksanakan dan RM1 juta bagi Yayasan Bina Budi.

Bajet Perak PR 2009 peruntukkan RM2 Juta untuk Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi aktiviti kebudayaan, keagamaan dan pendidikan.

Bajet Zombi menyediakan RM3.5 juta bagi aktiviti bukan Islam dan daripada jumlah itu sebanyak RM500,000 dikhususkan untuk kaum Sikh.

Bagi menampakkan bahawa Ubn prihatin kepada semua kaum dan agama, bajet Zombi bagi pula peruntukkan berikut :

Orang India - peruntukan RM1 juta disediakan untuk Tabung Khas Pendidikan Anak-Anak Kaum India akan dikendalikan oleh Yayasan Perak.

Orang Asli - peruntukan khas sebanyak RM1juta untuk masyarakat Orang Asli.

Ubn juga mahu dilihat prihatin kepada pendidikan Islam maka bajet Zombi cadang mewujudkan Maahad Tahfiz di setiap daerah. Peruntukan sebanyak RM1 juta bagi mewujudkan Maahad Tahfiz di Manjung. Pembangunan Maahad Tahfiz di daerah lain akan dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Bajet Zombi juga bagi seronok siak dan bilal bila mereka dibayar elaun bulanan yang mana sebelum ini mereka hanya diberi bonus tahunan sahaja. Peruntukan sebanyak RM5.99 juta telah disediakan bagi menampung pembayaran tersebut melibatkan seramai 2,496 orang bilal dan siak.

Inilah yang dibentangkan oleh Zombi masa sidang DUN. Sekiranya Dun bubar, Ubn guna bajet ini sebagai manifesto untuk ugut rakyat Perak. Tak sokong Ubn tak dapat semua ini.

Jika Dun bubar tahun depan, Ubn akan guna sepenuhnya bajet ini untuk tunjukkan bahawa mereka sebenarnya prihatin kepada semua rakyat Perak.

Jika Dun tak jadi bubar. Lagi seronok Ubn sebab bajet ini akan jadi modal ke mana sahaja depa pi jumpa rakyat di Perak sehingga PRU 13

Sebenarnya penulis risau rakyat Perak termakan dengan umpan bajet Zombi ini. Akan wujud satu kesimpulan dari rakyat, 'Ubn pun tolong rakyat juga tengok bajet Zombi kan baik'. Jika ini berlaku, peluang PR untuk perintah Perak akan tipis.

Akan timbul dihati rakyat, semua yang PR nak tolong rakyat dah dibuat dalam bajet Zombi. Nak apa lagi?. Justeru, penulis harap PR dapat kemukakan manifesto yang lebih menyakinkan rakyat untuk undi PR.

Wassalam

Saturday, October 24, 2009

Pilihanraya DUN Perak : BN menang kotor, PR menang semangat

Salam,


Daftar pemilih suku ketiga tahun 2009 sudah dibentangkan di Perak. Tahu berapa yang didaftarkan? lebih 35 000. Kenapa banyak sangat? kalau tanya SPR, jawapannya baguslah ramai yang mendaftar.

Kalau tanya penulis?. Inilah tanda besar bahawa DUN Perak akan dibubarkan selepas proses semakan dan bantahan. Tempoh bantahan hanya seminggu 20 hingga 26 Oktober.

Jika ada bantahan, akan ambil masa paling lama 3 bulan. Oleh itu, penulis jangka pilihanraya DUN Perak akan diadakan hujung Disember atau awal Januari.

Tapi SPR boleh percepat proses bantahan ini. Jika begitu pilihanraya akan diadakan lebih awal lagi. Kenapa nak guna daftar pemilih suku ketiga ini? kerana Ubn dah daftar dan pindah pengundi ke semua DUN yang BN dan PR menang kecil.

Tak da pun, dalam senarai Pendaftar Ubn daftar ramai pemilih. Bukan pendaftar Ubn yang daftar dan pindah pengundi , tapi sapa lagi kalau bukan kompenen tak rasmi Ubn. Pertambahan mendadak pengundi di Perak ini, sama macam yang berlaku di Terengganu dan Kelantan semasa PRU 2004.

PR kena bantah ka? Kalau tak bantah melopong la jadinya. SPR akan senyum sebab pilihanraya DUN perak boleh cepat dijalankan. Tak bantah, bulan 11 dah boleh buat pilihanraya.

Seorang pemilih yang dibantah RM 10 boleh anggap lesap. PAS Kelantan terpaksa keluarkan ratusan ribu untuk bantah pengundi masa PRU 2004. Tu la sebabnya, boleh lagi perintah lebih 3 kerusi. Terengganu pula terlepas balik kepada Ubn kerana taktik kotor ini.

Bayangkan lebih 7000 didaftar di Larut yang mana DUN Kubu Gajah Ubn menang majoriti 66 sahaja dan DUN Selama Ubn menang majoriti 355 undi sahaja. Jika 7000 nak dibantah, kena keluarkan RM 70 000.

Mana nak cari duit tu, PAS Larut dengan JPN PAS Perak kena cari. JPP PAS Pusat pun kena turun bantu JPN PAS Perak.

PAS kawasan2 di Perak tak buat kerja daftarkan pengundi ka? Ada kawasan buat, ada kawasan yang baru nak buat. Tapi Ubn tak payah susah2 sebab , ada kompenen tak rasmi tolong buat.

PR sibuk kempen bubar DUN Perak. Ubn buat tak dengar, tapi sebenarnya mereka buat kerja sehingga yakin boleh menang baru akan bubar. Sebab tu, sidang DUN perlu dibuat tak kira la Ganesan sah atau tidak. Tak kira la nak jadi macam mana pun.

Kalau tak buat sidang, kena bubar awal sedangkan komponen tak rasmi belum selesai tugas. Jika dah yakin, baru bubar.

Bolehkah PR menang? Kalah, kalau penambahan undi ini dapat mengatasi peningkatan undi dari pengundi bukan Melayu.

Bukan Melayu akan terus sokong PR ? Orang Cina akan terus sokong dan meningkat dari PRU 12 . Orang India tak pasti, jika ambil kes Bagan Pinang berat la.

Apa pun, sekiranya berlaku pilihanraya DUN Perak. Jika Ubn menang maka kemenangan itu adalah hasil taktik kotor komponen tak rasmi. Jika PR menang, kemenangan itu datang dari semangat rakyat yang benci kepada rampasan kuasa Ubn.

Wasalam.

Tuesday, October 13, 2009

PAS dan Umno sama saja?

Salam,


Selesai sudah prk Bagan Pinang, keputusannya memihak kepada Isa Samad. Setelah empat prk yang ditandingi telah dimenangi PAS, kali ini PAS kecundang.

PAS masih gagal menembusi kubu Umno. Walaupun Kuala Terengganu dikatakan kubu Umno tetapi jika dilihat dari segi undi ikut DUN, sebenarnya PAS dah patut menang semasa pru 2008.

Kekalahan PAS bukan kalah tipis tetapi kalah besar. Kenapa kalah besar? sebab PAS bukan kalah kerana undi pos tetapi kalah juga walaupun tak ada undi pos.

Tak boleh nak salahkan YB Salahuddin sebagai Pengarah kerana beliau sudah lakukan yang terbaik. Tak perlu salahkan Sdr. Zul kerana beliau dah beri sepenuh komitmen sebagai calon.

Penulis nak bawa perbincangan ini menjurus kepada faktor2 orang India kembali menolak PAS di Bagan Pinang. Semasa pru 2008 orang India beri undi kepada PAS sehingga mencapai 60% tetapi kali ini turun sehingga hanya 25 - 30 % sahaja. Kenapa orang India menolak PAS?

Bukankah Samy Vellu yang dibenci masih memimpin MIC? Kes kepala lembu tak beri kesankah? Kes Kugan dah dilupakan kah? atau orang India mula sokong BN bila ada parti makhal sakhti?. Bagi penulis, bukan itu sebabnya.

Umum tahu semasa pru 2008 orang India di seluruh negara menolak BN. Lebih 60% orang India memberi undi kepada pembangkang. Sebelum pru 2008, undi orang India kepada pembangkang sekitar 15 - 20 % sahaja.

Orang India meletakkan harapan yang tinggi kepada PKR, PAS dan DAP untuk membela nasib mereka. Setahun pertama pemerintahan PR di PP, Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan, ada perubahan yang dilakukan kerajaan PR untuk membantu orang India.

Sungguhpun begitu, sudah kedengaran rasa tidak puas hati orang India terhadap kerajaan PR di Kedah yang diketuai PAS. Namun, perasaan tidak puas hati diimbangi oleh usaha kerajaan PR di Perak yang diketuai DS Nizar menampakkan pembelaan terhadap kaum India. DS Nizar menjadi sandaran harapan orang India.

Selepas kerajaan PR di Perak jatuh, orang India kehilangan pemimpin harapan dalam PAS. Isu-isu yang timbul dan mendapat perhatian media menampakkan bahawa pimpinan PAS lebih mengutamakan orang Melayu dan kurang memberi perhatian kepada orang India.

Kepercayaan orang India kepada PAS semakin hari semakin tergugat. Walaupun PAS ada kelab penyokong di kalangan Orang India, kelab ini dilihat tidak ada suara dalam PAS. Orang India dalam kelab sendiri tertunggu-tunggu bilakah mereka boleh menjadi ahli PAS.

Walaupun pimpinan PAS menafikan mereka tidak memberi perhatian kepada orang India, namun tindakan pemimpin PAS di beberapa negeri telah mengukuhkan persepsi buruk orang India kepada PAS.

Semasa kes kuil dan perarakan kepala lembu yang menghina orang India, pimpinan PAS Selangor misalnya membiarkan Ahli Parlimen Shah Alam keseorangan membela hak orang India. Sedangkan pimpinan PAS Selangor bersungguh2 membela pegawai kerajaan yang membantu Umno dalam kes Selcat.

Pada waktu yang sama orang India melihat pimpinan PKR dan DAP lebih ke hadapan membela nasib orang India.

Perlu diinggat bahawa, orang India bukan seperti dahulu boleh dipermain-mainkan. Mereka juga mampu mendapat maklumat melalui internet selain akhbar. Mereka menilai kenyataan media pimpinan PAS.

Tanpa disedari orang India sudah mula menyamakan PAS dengan Umno. Apabila PAS sudah disamakan dengan Umno, bila berlaku prk Bagan Pinang faktor calon menjadi penentu. Orang India lebih kenal dengan Isa Samad dibanding dengan Sdr. Zul. Maka Isa Samadlah yang dipilih.

PAS juga dilihat kurang mendekati orang India selepas pru 2008. Masih banyak kawasan yang tidak menubuhkan kelab penyokong. Penulis dapat tak tahu, di Bagan Pinang pun tidak ada lagi kelab penyokong.

Orang India akan memberi undi kepada parti mana yang selalu bertanya dan menyelesaikan masalah mereka. Dalam kes Bagan Pinang, walaupun orang India memberi undi kepada PAS semasa pru 2008. Selepas pru 2008, adakah mereka diziarahi oleh PAS, bertanya khabar?.

Jika ini tidak dilakukan, tentulah orang India memberi undi kepada parti MIC/ BN yang dekat dengan mereka walaupun dibenci.

Penulis melihat dua faktor ini perlu diberi perhatian oleh PAS. Orang India perlu didekati dan dibela. PAS Kawasan yang mempunyai ramai pengundi India perlu wujudkan kelab penyokong. Kena ada wakil PAS dikalangan orang India dalam komuniti India.

Adakan program bersama orang India. Khidmat kesihatan, sumbangan semasa Deepavali, gotong royong dan bermacam2 program boleh diadakan. Pulihkan kembali kepercayaan orang India kepada PAS.

Pengakhirannya, penulis cerita perbualan dengan seorang India semasa penulis tumpangnya balik ke Parit Buntar.

Orang India tanya penulis " Cikgu tahu ka, L _ _ _ (pemimpin PAS) angkat balak (komisyen)" Penulis jawab tidak tahu.

Orang India kata " Saya tahu Cikgu, bukan sikit Cikgu banyak" . Penulis tanya orang India ini, dia ada bukti ka.

Orang India jawab " Cikgu tanya _ _ _ _ _ (pemimpin PAS negeri) la, dia yang lulus". Penulis kata kalau pemimpin PAS yang dimaksudkan betul2 makan komisyen balak dia sepatutnya diambil tindakan.

Orang India jawab " Sama saja Cikgu PAS dengan Umno, semua kasi simpan bawah". Penulis jawab, tak sama PAS dengan Umno. Pemimpin PAS tu pasti diambil tindakan kalau betul dia makan komisyen balak.

Penulis bagi tahu kepada orang India tu, kalau betul pemimpin PAS tu makan komisyen balak tapi tak diambil tindakan barulah dia boleh kata sama saja PAS dengan Umno

Wassalam.

Saturday, October 10, 2009

Congak - congak PR menang di Bagan Pinang

Salam,

PRK Bagan Pinang dah dekat, sepatutnya penulis dah ada kat sana. Dah janji dengan petugas di Parit Buntar nak kempen di Ladang Silliau. Tapi saat akhir tak boleh nak pergi kerana sebab yang tak dapat dielak.

Gelojak di hati panas bila lihat saudara sejamaah dibelasah pemuda Ubn. Harapkan polis ! semua orang faham tugas polis, jadi bak kata ketua pemuda tingkatkan keselamatan, kuatkan kesabaran.

Pemuda Ubn siap buat kenyataan berani, angkuh, sombong dan merbahaya. Mereka akan menganas jika polis tak boleh diharap. Mereka ada pemuda yang dapat latihan ala komando.

Kenyataan sebegini bahaya pun polis pandang tak bahaya, tak siasat walaupun perlekeh mereka. Kalau pemuda PR yang buat kenyataan ini alamat tak sampai 24 jam dah ada di balai.

Bila polis tak siasat dan tak kata apa dengan kenyataan pemuda Ubn. Mereka jadi besar kepala, maka terjadilah seperti apa yang mereka kata. Ganas pukul orang, bawa senjata bahaya, ugut orang, jadi samseng. Bagi depa Bagan Pinang bapak depa yang punya.

Mereka semakin ganas kerana tahu setakat mana tindakan polis terhadap mereka. Provokasi akan terus mereka lakukan sehingga berlaku tindak balas dari pemuda PR dan inilah yang mereka mahu.

Penulis terfikir, kenapa mereka bertindak sedemikian. Tak takutkah mereka akan timbul undi simpati dari pengundi Bagan Pinang kepada PR. Bila penulis belek2, tengok2, kaji2 barulah penulis dapat jawapan.

Rupanya, Ubn semakin terdesak kerana undi pos sudah tidak menjamin kemenangan kepada mereka. Kenapa berlaku begini? kerana jentera PR beri tumpuan kepada undi pos dengan tekanan dan desakan kepada SPR supaya proses undi pos telus.

SPR pun pening, dah tak boleh buat undi pos seperti sebelum2 ini. Walaupun mereka cuba juga dengan pelbagai helah, tapi tak mudah seperti dulu.

Akhirnya, timbul kenyataan dari SPR hanya 2000 pengundi di kem. Yang lain, mai merata tempat. Hari pertama undi hanya 1275 yang undi, hari kedua penulis tak dapat angka lagi. Bila nampak kurang SPR tambah sehari lagi sehingga 10 Okt. Sebelum ni, kata dua hari ja.

2000 pengundi pos duduk luar kem ini juga kena mengundi di pusat mengundi. Kalau, 2000 pengundi tak undi maknanya undi pos kurang. Bila undi pos kurang, Ubn pasti terlepas talian hayat.

Penulis jangka undi pos akan kurang, paling tinggi hanya capai 3000 undi sahaja. Itu pun dengan pelbagai helah yang akan dipakai oleh SPR. Kalau capai lebih 3000 undi, maka SPR akan senyum besar.

Sebelum ini, penulis dok congak kanan congak kiri buat analisis undi. Setiap kali congak, keputusan Ubn akan menang. Hari ini, penulis conggak dengan jangkaan pengundi pos hanya 60 % dari 4604 sahaja keluar undi iaitu 2762 undi.

Daripada 2762 undi ini, penulis jangka PR akan dapat 40 % iaitu 1105 kerana kempen PR sampai kepada pengundi pos dalam kem, walaupun tak boleh masuk kem. Ubn pula akan dapat 60 % iaitu 1657.

Pengundi Melayu tempatan lebih kurang 3900 (3976), penulis jangka yang keluar undi 80 % sebab faktor undi hari Ahad dan Ubn akan pastikan pengundi Melayu keluar mengundi. Maka dijangka sekitar 3100 (3181) yang akan mengundi.

Penulis jangka PR hanya dapat capai 37 % undi Melayu iaitu 1117 dan Ubn dapat 63 % iaitu 2004. Sukar nak dapat undi Melayu di kubu Ubn ini, tambahan Isa popular bagi orang Melayu di sini.

Pengundi India dan Cina adalah harapan PR. Pengundi India ada 2828 pengundi dan dijangka hanya 75 % yang keluar mengundi iaitu 2121. Daripada jumlah itu, PR harap boleh dapat 75 hingga 80 % ,tapi paling tinggi orang India boleh beri hanya 70 % iaitu 1485 dan Ubn dijangka dapat 636 undi.

Walaupun pengundi Cina boleh beri sehingga 80 % tapi jumlah keluar mengundi orang Cina selalunya kecil. Pengundi Cina berjumlah 1503 ini dijangka hanya 70 % keluar undi iaitu 1052. PR dijangka dapat 842 undi dan Ubn dapat 210 undi.

Pos

Melayu

India

Cina

Jumlah

4604

3976

2828

1503

13664

Undi

2762

3181

2121

1052

9116

PR

1105

1177

1485

842

4609

Ubn

1657

2004

636

210

4507



Inilah congak-congak, jangkaan penulis yang tak dapat ke Bagan Pinang. Penulis jangka, jika PR menang hanya 100 undi sahaja majoriti.

Penulis hanya buat jangkaan, kalau tak betul atau tak tepat janganlah marah. Hanya congak-congak

Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada pejuang Islam dan pejuang keadilan di Bagan Pinang.

Wasalam.