Thursday, November 26, 2009

Ahli baru kabinet PAS

Salam,

Harapan kepada Presiden untuk buat rombakan kabinet PAS semasa seminar masih belum tertunai. Namun, kabinet PAS bertambah ahli bila Dato' Takiyudin dilantik sebagai Penolong SU.

Penolong SU ditugaskan membantu Cikgu Pa dalam hal2 berkaitan pendaftaran ahli baru, pendaftaran pertubuhan berkaitan PAS dan hal ehwal PR.

Penulis tak mahu ulas siapa Dato' Takiyudin, kerana semua tahu tentang beliau. Memang ada yang pertikai, tak da orang lainkah hendak dilantik, asyik2 orang pilihan Cikgu Pa, tak sibukkah dia.

Bagi penulis, tak kira siapa dilantik. Penolong SU kena laksanakan tugas selesaikan masalah keahlian PAS. Kena cari formula pemutihan keahlian, jangan harap Kawasan sahaja buat pemutihan.

Penolong SU juga kena selesaikan masalah pendaftaran cawangan baru yang sampai hari ini tak diluluskan pendaftar pertubuhan. Khabarnya dah lebih 200 cawangan baru yang mohon daftar tidak diluluskan oleh pendaftar.

Dulu prosesnya ambil masa 3 - 4 bulan. Sekarang dah nak masuk setahun. Kenapa pendaftar pertubuhan lambatkan? Inilah tugas Penolong SU.

Sekarang dah mula berlaku krisis keyakinan kepada penaja baru yang rata2nya bekas2 Umno. Mereka mula musykil, PAS ni sama macam Umno lambat2kan pendaftaran Cawangan baru. Sedangkan yang lambatkan bukan PAS tapi pendaftar pertubuhan.

Penolong SU kena selesaikan segera masalah ini. Jangan bagi alasan sibuk, jangan bagi alasan itu tugas kerani pejabat Agung. Jangan nanti dituduh perlantikan Penolong SU hanya untuk memperkukuhkan Cikgu Pa.

Penulis harap Penolong SU dapat laksanakan tugas dengan baik. Dulu mungkin hanya ada SU Agung, banyak masalah keahlian dan Cawangan tak selesai. Sekarang, dah Penolong SU harap banyak masalah selesai.

Wassalam.

Saturday, November 14, 2009

Al-Fatihah buat Pak Ngah

Salam,


Empat hari lepas, penulis dapat berita sedih dari kampung. Pak Ngah abang kepada ayah telah meninggal dunia. Sedih, sebab tak dapat balik beri penghormatan terakhir.

Sejak pindah jauh dari Perak, dah dua kali kematian keluarga terdekat tak dapat balik. Tahun lepas, bapa saudara belah mak meninggal dunia juga tak dapat balik.

Kali terakhir jumpa Pak Ngah raya lepas, semasa ziarah ke rumahnya. Pak Ngah memang nampak uzur dah 79 tahun, tak boleh nak jalan kalau tak dipimpin.

Penulis suruh dia beli tongkat kaki empat supaya dapat imbang badannya. Mungkin belum sempat dibelinya.

Penulis kagum dengan semangat Pak Ngah semasa PRK Bukit Gantang, walaupun sudah uzur tapi masih tetap pergi mengundi. Demi untuk menangkan Islam, menangkan bulan walau terpaksa dipimpin.

Memang, Pak Ngah adalah penyokong bulan sejak sekian lama. Walaupun tak dapat subsidi, dinafikan bantuan kerana sokong bulan. Pak Ngah tak pernah berganjak untuk terus menyokong bulan.

Walaupun dua anaknya jadi penyokong Kati, dia tetap dengan bulan. Inilah semangat yang ada pada Pak Ngah.

Selepas PRK Bukit Gantang, penulis daftarkan ahli jamaah yang berumur 45 tahun ke atas di kampung sertai skim penyayang sama macam takaful kifalah di Kelantan. Waris Pak Ngahlah yang jadi penerima pertamanya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Buat pembaca, penulis mohon sedekah bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham Mat Ariffin bin Kassim, Pak Ngah penulis.

AL-FATIHAH

Wassalam.


Friday, November 13, 2009

Carta Top Hits Blog Pro-PR, betul ka MSK ?

Salam,


Bila tengok carta top hits blog proPR, penulis hairan betul ka macam tu rankingnya. Penulis bukan tak percaya sebab blog penulis tak tersenarai. Penulis pun tahu, blog penulis tak popular sebab jarang menulis. Kemudian tak banyak link dengan blog lain.

Tapi yang mengejutkan kenapa blog Cina Islam tak tersenarai, sedangkan setahu penulis blog ini dah beberapa kali mencapai jutaan klik. Sekarang dah capai 6 juta klik, semua blog ada link blog ini.

Dari beberapa blog dari Parit Buntar, kalau ikut ranking yang MSK bagi. Cenangau lebih hebat daripada Cina Islam.

Penulis bukanlah peminat blog ini, hanya mahu penjelasan sebab penulis bukanlah pakar bab blog . Banyak yang kena belajar.

Kalau dah capai jutaan klik tapi masih tak dak dalam ranking tentu ada sebabnya. Sebabnya la tu yang penulis nak tahu.

Mohon penjelasan dari MSK atau mana2 bloggers yang tahu.

Wassalam.


Tuesday, November 10, 2009

Seminar : Harapan tak tertunai

Salam,


Selesai sudah seminar memperkasa jamaah. Penulis hadir dan ada komen kepada kawan2 tentang seminar ini. Ada kawan yang tanya kenapa tak tulis dalam blog? penulis jawab, tak mahu serabutkan pemimpin.

Tapi bila ada yang kata penulis penakut, penulis nafikan. Maka penulis akan bagi tahu sikap penulis terhadap seminar ini.

Bila hadir ke seminar, satu harapan penulis agar seminar ini dapat satu keputusan konsisten dari Presiden sebagai penyelesaian masalah dalam jamaah.

Penulis harap Presiden akan buat pengumuman membuat rombakan kabinet PAS Pusat. Tak kira la rombakan macam mana. Nak tukar SU ka, tukar Bendahari ka, Ketua Penerangan ka, rombak pengerusi lujnah ka atau tukar Pesuruhjaya.

Penulis bukan tidak setuju dengan Cikgu Pa, Dr. Hatta , Ust. Idris atau sapa2 sahaja pimpinan pusat. Sebab penulis pun tak tahu apa cerita yang pemimpin pusat buat, sehingga rakyat mula menurun sokongan kepada jamaah.

Bagi penulis, kalau ada pimpinan pusat yang bermasalah maka pimpinan ini mesti ditukar. Tak kira sapa. Kalau tuduhan kepada pimpinan tertentu tak betul, Presiden boleh ambil tindakan terhadap pimpinan yang buat fitnah.

Yang penting bagi penulis, ada tindakan dari Presiden.Tindakan Presiden perlu kerana ada tuduhan bahawa Presiden macam 'Pak Lah'.

Penulis juga tak setuju dengan tuduhan itu, sebab tu penulis harap ada tindakan Presiden bagi menutup banyak mulut yang mempertikaikan Presiden. Itu harapan Penulis.

Namun, apa yang penulis harapkan tidak berlaku. Penulis tidak salahkan Presiden kerana mungkin belum sampai masanya untuk buat rombakan kabinet PAS Pusat. Mungkin Presiden menunggu laporan siasatan Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusi oleh Dato' Tuan.

Jadi, penulis masih letak kepercayaan tinggi kepada Presiden untuk berbuat sesuatu selepas Jawatakuasa Disiplin membentangkan laporan.

Berbalik kepada pengisian seminar. Jangan marah kalau penulis kata ada perwakilan yang bertanya soalan kepada Dr. Aziz Bari tidak berjiwa besar walaupun seminar ini membuktikan jamaah berjiwa besar.

Semua ahli sayangkan Presiden, penulis pun marah bila baca artikel Dr. Aziz Bari. Tapi apakah selesai dengan mengemukakan soalan beremosi semata2 mempertahankan Presiden kepada seorang tetamu yang jamaah jemput.

Soalan yang ditanya seolah-olah Dr. Aziz Bari sama seperti perwakilan yang melalui proses pentarbiyyahan jamaah.

Rasionalkah jika seminar untuk memperkasakan jamaah digunakan untuk menghentam orang luar yang dijemput memberi pandangan terhadap jamaah. Fikirlah sendiri.

Seminar ini juga mendedahkan hasil kajian Dr. Abu Hassan Hasbullah berkaitan persepsi rakyat terhadap jamaah. Ada perwakilan dan mungkin pimpinan tidak dapat terima hasil kajian ini kerana jelas banyak negatif dari positif.

Penulis terima hasil kajian ini kerana dilakukan oleh sekumpulan pengkaji terhadap 2100 responden. Ada juga perwakilan yang kata sampel tu kecil, sepatutnya mesti buat kajian terhadap seluruh rakyat baru kajian tu betul.

Perwakilan yang beranggapan begitu, mungkin tak tahu dan tak pernah belajar apa itu kajian/ penyelidikan. Bagi penulis, 2100 responden tu kira besar la. Penulis pernah buat kajian hanya guna 200 responden sahaja. Itu pun letih nak jumpa responden kemudian nak proses.

Sepatutnya, pimpinan jamaah berterima kasih kepada Dr. Abu Hassan kerana bukan senang nak buat kajian dengan responden seramai itu. Jika, pimpinan jamaah rasa tak percaya disyorkan tubuhkan kumpulan pengkaji untuk buat kajian persepsi rakyat terhadap jamaah.

Penulis berharap pandangan Dr. Aziz dan hasil kajian Dr. Abu Hasan perlu dijadikan titik tolak pimpinan jamaah bermuhasabah diri dan melihat kekurangan yang ada bagi memperbaiki keadaan.

Inilah sikap penulis. Walaupun harapan penulis tidak tertunai dalam seminar, penulis harap kelima resolusi seminar direalisasikan oleh pimpinan jamaah semua peringkat.

Lima resolusi seminar seperti di bawah :

Resolusi pertama adalah, PAS secara lebih proaktif akan memperkukuh Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.

PAS melalui Dewan Pemuda dan Nisa' juga akan berusaha menarik kembali sokongan pengundi muda yang dilihat sedikit terjejas disebabkan beberapa faktor agar memberi undi mereka kepada PAS.

Selain itu, PAS juga mahu bertindak lebih agresif untuk mengaktifkan kelab penyokong PAS di setiap kawasan terutama di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Islam yang ramai.

Rosolusi keempat pula, PAS bersetuju untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi selain menguatkan parti di peringkat akar umbi.

Manakala resolusi kelima adalah menyediakan satu pelan tindakan untuk menguatkan parti antaranya memperkasakan kempen nasional iaitu PAS For All.

Sebelum tutup. Penulis nak ucap tahniah kepada dua orang sahabat di kampus yang bercakap dalam seminar. Mereka ialah pemunya blog Mutaligat danPenaPerjuangan.

Wassalam.