Friday, December 25, 2009

Cara mudah kanak -kanak cepat membaca

Salam,


Minggu lepas, penulis buat satu program klinik cepat baca untuk kanak-kanak 4 hingga 6 tahun. Betulkah boleh cepat baca?. Boleh, kalau kanak2 ini praktik cara penulis di rumah dengan bimbingan ibu atau bapa.

Penulis buat program ini bukan untuk dapatkan duit kerana program ini percuma tapi penulis nak sebarkan ilmu kepada ibu bapa yang hadir.

Selain itu, penulis nak promosi PASTI yang baru hendak dibuka kepada ibu bapa yang hadir. Penulis cadang kepada Pengarah PASTI Parit Buntar dan dia setuju buat.

Dua tahun lepas, penulis ada buat kursus kepada guru2 PASTI Parit Buntar dan Bagan Serai supaya mereka dapat gunakannya semasa ajar kanak2 PASTI.

Kali ini, penulis minta guru2 PASTI bantu jadi fasilitator kepada peserta program. Bila penulis tanya beberapa orang guru PASTI, adakah mereka guna cara penulis. Mereka kata guna dan lebih mudah dibanding dengan kaedah biasa yang mereka tahu.

Kaedah yang penulis guna ini bukan penulis ciplak dari sesiapa. Penulis mula guna cara ini kepada anak2 penulis. Anak penulis yang sulung tidak tahu membaca walaupun pergi tadika, hanya kenal huruf A hinga Z.

Pada masa tu, tinggal sebulan anak sulung ini nak masuk Tahun Satu. Penulis guna cara ini kepada anak sulung dan syukur dalam masa sebulan dia dah boleh baca dengan lancar.

Selepas anak sulung dah lancar bacaanya, penulis guna cara ini pula kepada anak kedua yang berumur 4 tahun. Dalam masa dua minggu, dia dah boleh membaca. Bila dia masuk tadika umur 5 tahun, gurunya dah tak perlu ajar dia membaca.

Penulis bukan nak rendahkan kaedah yang biasa digunakan di sesetengah tadika. Kaedah tadika ini boleh juga digunakan tetapi lambat. Kanak2 ditunjukkan gambar dan disuruh sebut. Bila tunjuk gambar bola, kanak2 sebut bola. Bila tunjuk gambar bunga, kanak2 sebut bunga.

Kanak2 bukan pandai eja bunga walaupun boleh sebut bunga. Sebab itu, kanak2 ramai yang hanya pandai sebut tapi tak pandai baca.

Penulis harap dengan sedikit ilmu ini dapat bantu guru PASTI ajar kanak2 mengeja dengan mudah. Ibu bapa harapkan anak mereka boleh membaca bila masuk PASTI. Jadi beban ini terpikul oleh guru PASTI.

Ibu bapa juga sepatutnya jangan terlalu berharap kepada guru. Mereka juga boleh ajar anak mereka dengan guna cara penulis ini. Penulis harap jika ada kesempatan nak buat kursus pendek kepada ibu bapa kanak2 PASTI Parit Buntar, terutama PASTI yang terletak di kampung.

Ibu bapa yang penulis tunjukkan cara ini semasa program klinik cepat membaca bagi tahu mereka rasa senang guna cara ini. Penulis ada bagi tahu mereka, jangan berniaga cara penulis sudahlah.

Penulis pun tak tahu, cara penulis ini dah ada orang buat dak lagi. Penulis dah pergi, banyak kedai buku tak jumpa lagi la cara ini. Tak tahu la, takut penulis tak jumpa lagi.

Masa cuti sekolah ini, ada kawan isteri penulis yang hantar anak minta penulis ajar. Penulis ajar jika tak balik Parit Buntar. Tiga hari ajar , dah boleh baca dua suku kata.

Cuma satu ja, kanak2 perlu kenal huruf A hingga Z baru boleh guna cara ini. Kalau tak kenal, kena bagi kenal huruf dulu.

Wassalam.

Friday, December 18, 2009

Takut ke masjid kerana masbuk, muafiq

Salam,


Minggu lepas , selepas bawa anak isteri makan angin di Melaka. Penulis terus ke Parit Buntar untuk buat kerja program Klinik Solat yang dirancang sejak pertengahan November.

Klinik Solat ini dibuat untuk anak-anak ahli jamaah di cawangan yang berumur 11 hingga 15 tahun , yuran cuma RM 5.00 untuk makan. Belanja lain ditanggung Kawasan, pemuda dan muslimat.

Ada cawangan yang hantar peserta, ada juga yang tak hantar. Tak tahu tak hantar kerana tak da peserta atau tak hebahkan perkara ini kepada ahli di cawangan. Walaupun begitu, peserta yang hadir mencecah 137 orang, kira ramai la.

Program ini jika dibuat oleh konsultan mungkin yurannya mencecah lebih RM 100. Tapi untuk anak-anak ahli jamaah yuran serendah ini tidak bebankan ibu bapa. Ada peserta yang dibayar oleh cawangan.

Solat tiang agama, ibadah pertama dan paling penting dinilai Allah. Walaupun, anak orang jamaah kalau tak solat atau tak betul solatnya hukumnya tetap berdosa.

Penulis terfikir untuk cadangkan program ini bila PASTI Kawasan anjur Kem Motivasi Solat untuk pelajar PASTI.

Peluang musim cuti sekolah perlu diambil untuk buat program ini. Penulis cadang kepada Pengerusi Lujnah Tarbiyah dan dia setuju buat.

Klinik solat ini makan masa satu hari sahaja, jadi persediaan tak lah terlalu susah. Yang penting kena ada kesungguhan dan rasa tanggungjawab jayakan program ini. Muslimat, pemuda, Nisa dan Unit Amal juga bantu ikut kadarnya.

Sebelum program, penulis minta pengerusi Lujnah Tarbiyah pastikan ada pengisian cara-cara solat jamaah termasuk masbuk dan muafiq. Kenapa penulis nak sangat pengisian tu? kerana faktor itulah yang menyebabkan remaja dan orang muda takut nak solat di surau dan masjid.

Banyak yang kritik orang muda kerana tak berjamaah di surau atau masjid. Sedarkah kita, betapa ramai orang muda yang nak ke masjid tetapi terhenti niat mereka kerana tak tahu macam mana nak masuk solat jika imam dah rukuk.

Pernahkan kita bagi pendedahan kepada mereka. Orang muda takut ke masjid kerana takut salah masa solat berjamaah, malu orang kata. Lebih baik tak payah pergi daripada tanggung malu, solat dekat rumah ja la.

Penulis bukan cakap kosong kerana penulis pernah uji anak murid di sekolah yang berumur 13 hingga 17 tahun. Ramai yang tak tahu.

Penulis jika ada peluang di surau sekolah, penulis panggil pelajar tunjuk praktikal solat jamaah termasuk masbuk dan muafiq supaya apabila mereka keluar dari sekolah mereka tak takut solat di masjid walaupun mereka lambat.

Walaupun penulis bukan ustaz, tanggungjawab ini kena laksanakan. Semua ini akan disoal Yang Maha Kuasa.

Bagi ibu bapa yang ada anak lelaki, kena tunjuk ajar perkara ini. Begitu juga ustaz dan ustazah di sekolah, jangan hanya ajar teori atau melalui buku dalam kelas. Buat secara praktikal, bimbing pelajar.

Berbalik pada program, ibu bapa yang hadir minta buat lagi untuk anak-anak mereka. Penulis harap Lujnah Tarbiyah akan laksanakan walaupun tanpa bantuan penulis. Ramai ustaz2 yang boleh bantu, tak usahlah takut sangat dengan bagi pelbagai alasan.

Kena berani buat kerja jamaah ini, kalau bukan kita yang tolong sapa lagi. Kalau semua ustaz nak jadi pemerhati, sapa yang nak ke depan. Kesian la kepada sorang dua ustaz yang buat kerja jamaah.

Bukan nak buat demontrasi tunjuk perasaan tapi demontrasi tunjuk cara solat kepada pelajar-pelajar.

Wassalam