Friday, January 29, 2010

Baling batu sembunyi tangan

Salam,

Berita TV9 tadi ada bagi tahu polis dah dapat kenalpasti suspek yang baling kepala babi di satu masjid di Petaling Jaya. Kebetulan MPPJ ada CCTV berhampiran masjid tu, jadi MPPJ serah rakaman CCTV tu kepada polis.

Penulis harap kali ni suspek ni tak dapat lepas lari. MPPJ pun kena simpan salinan rakaman tu takut nanti hilang dari simpanan polis. Sebab dah ada kes, bahan bukti hilang dalam simpanan polis. Bukan apa2, kalau polis terhilang, MPPJ ada salinan.

Sebut pasal kes ini, penulis rasa pelik kenapa orang yang baling kepala babi tu guna plastik. Siapa mereka ni? Kalau orang bukan Islam tentu tak guna plastik sebab babi bukan benda haram bagi mereka.

Semasa ada isu kandang babi dekat Melaka dulu pun, ada orang pi gantung kepala babi dekat pagar masjid. Dengar kata, kepala babi tu di balut dengan guni. Sampai sekarang orang yang baling tak dapat ditangkap, sebab tak da CCTV.

Kali ini orang yang baling tak akan terlepas, biar mereka sedar bahawa tindakan mereka ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama. Boleh mudaratkan keamanan negara.

Orang yang bakar gereja dah kena tangkap, Azmin Ali kata ahli Ubn. Hisamuddin tak berani sanggah kerana bukti dah ada dekat Azmin. Lepas ni kita akan tahu siapa yang baling kepala babi tu, orang Islam atau bukan Islam.

Kalau orang bukan Islam yang buat tentu kerana tindak balas orang bakar gereja depa. Tapi kalau orang Islam yang buat kerja ni, tentu tujuannya nak timbulkan tak puas hati orang Islam supaya marahkan orang bukan Islam . Harapan mereka akan ada tindak balas orang Islam terhadap orang bukan Islam.

Kerja ni setengah orang kata saraf, setengah orang kata provokasi, setengah orang kata baling batu sembunyi tangan. Tak kira apa la, yang pasti kerja ini tak patut dibuat untuk lagakan orang.

Bila sebut pasal cerita kerja nak lagakan orang ini. Penulis nak cerita yang berlaku beberapa bulan lepas. Semasa penulis balik dari dengar ceramah, dah nak tidur sampai satu sms yang didalamnya tertulis kutukan terhadap beberapa orang ahli jamaah.

Penulis rasa nak marah kepada orang buat sms tu, dalam hati penulis terdetik kata “ apa la b**** kutuk orang macam tu”. Lepas tu penulis balas sms tu kata orang buat dan sebar sms tu tak cerdik. Sms tu dihantar oleh salah seorang yang kena kutuk dalam sms tu.

Dalam hati penulis, tidak nampak orang lain tentu yang buat ni musuh kepada yang dikutuk iaitu orang yang dok tolong bagi pinjam kereta kepada penulis bila balik PB. Esoknya, pagi2 penulis panggil dia dan tunjuk sms tu.

Penulis kata kenapa dia buat kerja tak cerdik buat sms kutuk musuh dia. Penulis kata sms tu akan menyusahkan jamaah kawasan kerana bagi peluru dekat musuh. Tapi dia menafikan dia buat malah dia sanggup junjung al-Quran bersumpah tidak buat sms tu.

Bila dia tak mengaku, timbul dalam hati penulis persoalan siapa buat sms tu. Tak lama lepas tu ada beberapa Ajk jamaah yang telefon penulis kata depa juga dapat sms tu dari orang yang kena kutuk. Semua yang baca sms tu marah kepada orang yang buat sms tu. Mula timbul persoalan kenapa orang yang kena kutuk sebarkan sms tu kepada Ajk jamaah kawasan.

Malam tu, sebelum naik bas datang sms yang sama dari seorang lagi yang kena kutuk. Penulis jawab sms tu dengan jawapan yang sama iaitu orang buat dan sebar sms tu tak cerdik. Dia jawab, yang cerdik ialah orang berselindung di sebalik sms tu. Penulis tak faham apa maksud dia, siapa yang berselindung?.

Bila penulis sampai ke rumah, penulis pi semak nombor orang yang hantar sms tu. Penulis dah biasa buat macam tu bila dapat sms pelik. Bila semak nama pemilik hp tu ialah orang Cina. Penulis buat kesimpulan, bahawa ada orang guna nama orang Cina supaya dapat elakkan dari diketahui orang.

Bila balik PB cuti sekolah baru ni, penulis inggatkan isu sms tu dah selesai. Rupanya tidak, malah orang yang kena kutuk mula buat tuduhan rambang bila orang yang sepatutnya dituduh sanggup bersumpah tak buat sms tu.

Salah seorang yang kena kutuk ini telah buat fitnah kata penulis yang buat sms tu, pulak dah. Bukan itu saja, dia fitnah penulis yang tulis macam2 kutuk dua orang Ajk jamaah kawasan dalam c/box seorang sahabat bloggers. Alasannya, kerana penulis tahu pasal internet.

Bila dengar fitnah tu, penulis memang kecewa dan terkilan kerana penulis tak pernah ada kesalahan dengan dia. Kenapa dia sanggup tuduh penulis. Bila fikir2 baru penulis dapat jawapan. Kenapa? Kerana penulis baik dengan musuh dia.

Pernah seorang sahabat blogers bagi tahu penulis, penulis terpalit sama sebab baik dengan musuh orang fitnah penulis. Penulis bagi tau kepada sahabat blogers, kalau penulis tak baik siapa nak tolong penulis bagi pinjam kereta bila penulis nak turun cawangan dan bila nak balik rumah di kampung?. Siapa yang sanggup hantar penulis ke stesen bas?

Bila fikir2 balik memang betul, sejak dulu lagi orang yang fitnah penulis ini akan buat musuh dengan orang yang baik dengan musuh dia. Jika ada wakil rakyat yang baik dengan musuh dia maka wakil rakyat tu akan jadi musuh kepada orang yang fitnah penulis.

Jika wakil rakyat tu bermusuh dengan musuh dia, maka orang yang fitnah ini akan berbaik dengan wakil rakyat tadi. Malah, oleh kerana musuh dia duduk dalam jamaah kawasan, maka jamaah kawasan akan menjadi musuh orang yang fitnah penulis.

Kadang2 terfikir ada juga orang macam ini. Tak perlulah bermusuhan sehingga sanggup tuduh dan fitnah orang yang tak buat kerja dosa buat sms kutuk orang. Penulis hanya mampu berdoa kepada Allah, hindarkan diri dari fitnah orang yang suka buat fitnah. Hanya Allah penentu segalanya.

Penulis di PB seboleh2nya tak mahu cari musuh tak ada faedahnya. Musuh penulis adalah pemimpin yang menyeleweng amanah rakyat, pemimpin yang terpalit dengan rasuah, pemimpin yang lupa diri dan dihidup bermewah-mewahan.

Rasanya tidak salah bermusuh dengan pemimpin sebegini sebab jamaah yang bagi tarbiyyah supaya tolak pemimpin sebegini. Kalau salah, syllabus jamaah dalam tamrin, usrah kena ubah.

Penulis di PB seboleh2nya akan cuba tolong sahabat yang minta tolong. Penulis akan jaga persahabatan kerana akan menguntungkan jamaah. Ramai yang berhutang dengan penulis, penulis tidak cerita kepada orang lain walaupun mereka lambat bayar hutang penulis. Hanya dia dengan penulis sahaja tahu.

Setengah orang yang bagi hutang tak begitu, mereka akan cerita si polan dah lama tak bayar hutang. Penulis tak begitu kerana penulis tahu dia tak mampu bayar.

Penulis buat semua itu kerana tak mahu aib sahabat terbuka, tak mahu maruahnya jatuh. Yang penting bagi penulis, sahabat ini dapat bantu kuatkan jamaah. Tapi bila orang tuduh dan fitnah penulis buat kerja b**** cipta sms tak elok, adakah antara sahabat ini yang menafikan bagi pihak penulis atau turut sama sebarkan fitnah.

Seorang blogers di PB buka cerita sms tu minggu lepas bila ada orang jumpa tunjuk kat dia sms tu masa heboh isu ‘cah keting’ di Kelantan. Bloggers ni mungkin nak kaitkan ‘cah keting’ di Parit Buntar dengan sms tu. Penulis baca sebelah pagi, tapi bila buka tengah malam dah dibuang tak tau kenapa.

Persoalan yang bermain difikiran, kenapa sms ini disebarkan oleh orang yang kena kutuk. Siapa yang mula2 terima sms tu, adakah sms tu dihantar kepada semua yang dikutuk oleh orang yang buat sms tu. Jawapannya, tidak tahu. Penulis tidak mahu tuduh dan fitnah sesiapa.

Cuma siapa yang buat sms tu tanggunglah dosanya. Siapa yang sebarkannya, bagi tahulah tujuannya. Siapa yang fitnah penulis, tanggunglah dosa fitnah itu.

Wassalam

Wednesday, January 27, 2010

Tengok slip gaji anda. Potong!potong!potong!

Salam,



Tengahari tadi di tempat kerja, kawan2 dok bising bagi tahu gaji depa kena potong. Tanya penulis, tengok slip gaji dak lagi. Penulis dah ambil slip tapi tak tengok simpan dalam poket.

Bila buka slip, terkejut gaji penulis juga kena potong. Bukan potong gaji saja2 tapi potong cukai pendapatan. Tak pernah penulis isi borang suruh kerani potong cukai pendapatan. Kawan2 pun macam tu.

Selalunya, isi borang cukai pendapatan dulu kalau kena cukai baru bayar. Ini tidak , kerajaan potong cukai dulu tanpa kebenaran kakitangan kerajaan. Bila tanya pejabat LHDN, jawapannya kalau tak kena potong nanti kerajaan bayar balik.

Rasanya mulai Januari ni, 1 Malaysia kakitangan kerajaan kena potong cukai pendapatan. Ramai yang pasti terkejut kerana bukan sikit kena potong. Ada yang kena beratus ringgit, bajet bulanan berubah.

Kalau yang ada duit tak pa la, tapi kalau yang potong sana potong sini perit juga nak sara keluarga bila gaji kena potong. Dah la tinggal tak seberapa, kerajaan potong lagi tinggal ciput ja.

Nampak jelas kerajaan Najib terdesak nak pakai duit. Sanggup ambil dulu duit kakitangan atas nama cukai pendapatan untuk belanja. Sebelum ini potong peruntukan Kementerian sehingga kakitangan kerajaan terpaksa berjimat walaupun dah terlalu jimat sehingga terguna duit poket sendiri.

Rakyat yang jadi mangsa kerana bila potong peruntukan banyak perkhidmatan kerajaan kepada rakyat terjejas. Contohnya, potong peruntukan asrama.

Kenapa kerajaan Najib tak bersungguh atasi ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan? Kenapa kerajaan Najib tak atasi penyelewengan wang rakyat akibat rasuah dan salah guna kuasa. Jawapannya, sebab yang bagi tiris, yang rasuah, yang salah guna kuasa adalah puak-puak Najib juga.

Berapa bilion wang rakyat musnah kerana kes PKFZ dan enjit jet hilang? Kenapa kakitangan kerajaan pula kena terima beban. Dah la tak dapat bonus, la gaji pula kena potong.

Sah dah, kerajaan Najib hidup dengan cara potong. Potong peruntukan, potong gaji, lepas ini potong elaun dan macam2 potong lagi akan muncul. Sebab tu la, ada wakil kerajaan yang tak boleh tengok iklan potong!potong!potong!.

Wassalam

Saturday, January 23, 2010

Mai daftar pemilih baru, pilihanraya bulan Mei?

Salam,


Pagi tadi penulis telefon kawan di Parit Buntar, tanya pasai tindakan jamaah kpd daftar pemilih terbaru. Kawan bagi tahu malam ni akan mesyuarat bincang. Sikit dia bagi tahu ada banyak nama kena keluar, tak tau pasai apa. Syukurlah tindakan cepat dari jamaah di Parit Buntar.

Tiga minggu lepas penulis balik Parit Buntar tolong juga daftar pemilih. Penulis tunjuk ajar seorang ajk baru pemuda buat daftar pemilih baru. Turun tiga tempat dapat dekat 50 pemilih baru. Kira ok la, dari tak buat langsung.

Ajk pemuda baru ni nampak ada komitmen tinggi buat kerja ni. Penulis harap dia dapat terus buat kerja ni supaya jamaah ada pelapis. Tapi kena ada yang tolong dan kena bagi la pada dia sikit sagu hati duit minyak kereta.

Penulis pun bila balik, masa tak cukup nak tolong. Harap ada orang jamaah di Parit Buntar dapat sama2 tolong. Memang la kadang2 rasa boring tunggu kaunter berjam-jam tapi yang mai daftar tak ramai pun.

Dah tabiat manusia bila belum sampai hari mengundi tak da kesedaran untuk daftar mengundi. Bila umum bubar parlimen, baru tanya sana sini nama ada dalam daftar pemilih atau tidak.

Di Parit Buntar pendaftaran lepas PRU ke 12 memang perlahan, tapi sejak awal tahun 2009 gerak kerja ni aktif dengan pelbagai cara. Setiap kali JPN negeri umum bilangan yang didaftarkan, Parit Buntar selalu antara yang teramai.

Jika 10 ribu di daftar di Perak, ramai la tu. Bukan senang nak dapat jumlah banyak tu. Masalahnya, berapa yang didaftarkan oleh PPS Pakatan Rakyat daripada 10 ribu tu. Takut komponen tak rasmi yang daftar ramai untuk Ubn.

Ramai yang kritik jamaah kerana kurang daftar pemilih baru. Mereka yang kritik harap bukan setakat kritik tapi turut sama membantu. Bantu jamaah di kawasan masing2 dengan kepakaran yang ada.

Jamaah di kawasan pun jangan hanya serah tugas itu kepada PPS. Jangan lepas kepada PPS kerana mereka dapat RM 1 jika daftar sorang pemilih baru. Kalau ada di hati ajk jamaah di kawasan perasaan macam tu buangkanlah. Ajk jamaah di kawasan semuanya kena ambil tanggungjawab tolong PPS di kawasan.

Penulis pun tak semua yang boleh tolong, setakat atur tempat dengan cawangan, tunggu kaunter isi borang dan semak daftar boleh la. Tapi bab nak analisis daftar pemilih tak berapa nak tau, kena bagi kat yang tahu.

Bila buka kaunter daftar pemilih kena bawa laptop untuk semak. Laptop yang ada SSDP ok la, yang tak dak kena bawa broadband. Tapi kawasan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang susah nak dapat line. Kena guna SSDP juga.

Bila heboh kata nak bubar DUN, ramai yang dok kata pilihan raya bulan Mac macam ramalan penulis di sini . Tapi kali ni penulis rasa pilihanraya tak berlaku bulan Mac kerana Ubn nak guna daftar pemilih suku pertama 2010.

Kenapa Ubn nak guna daftar pemilih suku pertama 2010? kerana mereka baru lancar kempen daftar pemilih hujung tahun 2009, Zombe lancar di Bagan Serai. Ubn masih tak yakin dengan pertolongan komponen tak rasmi buat kerja, tak cukup lagi.

Jadi kena cari lagi, kena minta tolong komponen tak rasmi yang lain seperti cerita ini. Yang baru daftar ni kena daftar untuk suku pertama 2010. Daftar suku pertama 2010 tamat hujung Mac. April baru di buka untuk semakan dan bantahan. Jadi tarikh yang sesuai bagi Ubn ialah Mei 2010.

Kalau lepas dari Mei 2010, mahkamah belum buat keputusan lagi. Tunggu PRU 13 ja la. Mahkamah pun kalau nak semula kepercayaan rakyat umum la keputusan tu. Sekarang ni pun semakin hari, rakyat dah pandang lain macam kat mahkamah kerana keputusan tak umum2. Sampai bila rakyat nak tunggu, sampai bila mahkamah nak umum?.

Jika pilihanraya bulan Mei, masa nak daftar pemilih baru masih terbuka. Jamaah di kawasan, daftar la ramai2. Jangan tunggu lagi, jangan yang dok pikiaq tunggu umum calon dulu baru nak daftar pemilih baru. Kerja ni bukan kerana calon tapi kerana jamaah.

Wassalam.

Sunday, January 3, 2010

Antara MC , sakit dan wala'

Salam,

Karpal Singh berkerusi roda hadir ke parlimen

Minggu lepas, penulis ada bersembang dengan sahabat sejamaah berkaitan peristiwa yang berlaku di parlimen. Penulis tahu, sahabat ni nak tahu komen penulis sebab yang tak hadir tu melibatkan wakil rakyat Parit Buntar.

Sahabat ni, terkejut bila penulis kata wakil rakyat jamaah yang tak hadir tanpa alasan dibenarkan syara' kianat kepada jamaah, kianat kepada ahli jamaah, kianat kepada pengundi mereka.

Sahabat ni mungkin ingat penulis nak membela wakil rakyat Parit Buntar sebab wakil rakyat penulis. Sebenarnya dia silap, kerana prinsip penulis yang salah tetap salah walaupun melibatkan wakil rakyat jamaah.

Peristiwa di parlimen ini bukan perkara kecil yang boleh dipandang ringan. Ia melibatkan maruah dan boleh menjatuhkan kerajaan BN. Perkara sepenting ini, wakil rakyat jamaah kena hadir walaupun sakit, kecualilah sakit sampai tak boleh bangun.

Penulis masih ingat, ada wakil rakyat jamaah di Kelantan yang terpaksa dipapah kerana sakit untuk hadir sidang DUN kerana pada masa tu, beza wakil rakyat jamaah dan BN hanya satu sahaja.

Ia juga melibatkan persoalan wala' kepada arahan Presiden. Presiden tentu sudah mengarahkan wakil rakyat jamaah supaya hadir, mengapa masih ada pelbagai alasan untuk tidak hadir. Malah mereka juga tak kan tidak baca aturan parlimen, bila akan diadakan undian.

Ada yang kata kenapa hanya wakil rakyat jamaah saja kita kritik, sedangkan wakil rakyat PKR dan DAP lagi ramai tak hadir. Wakil rakyat jamaah 5 orang sahaja.

Wakil rakyat DAP dan PKR pun kita marah tetapi tidak sama dengan wakil rakyat jamaah yang dah terima tarbiyyah, yang tahu persoalan wala'. Wakil rakyat PKR dan DAP tidak terima tarbiyyah jamaah, tidak tahu persoalan wala'.

Wakil rakyat jamaah ni membawa amanah jamaah, ahli jamaah dan pengundi. Tidakkah mereka terfikir perasaan ahli jamaah yang bersusah payah siang dan malam untuk memenangkan mereka sebagai wakil jamaah. Tidakkah mereka fikir perasaan pengundi di kawasan yang mereka wakili.

Pelbagai alasan boleh diberi tetapi bagi penulis, tidak akan dapat membuang prasangka rakyat bahawa wakil rakyat ini telah gagal menunaikan amanah.

Adakah apabila sudah ada MC maka tanggungjawab terhadap jamaah selesai, tanggungjawab kepada ahli jamaah tidak boleh dilaksanakan, tanggungjawab terhadap pengundi sudah terbatal.

Perkara sudah berlaku, wakil rakyat yang tak hadir ni kena muhasabah diri jika alasan yang mereka beri tidak memenuhi kehendak syara'. Jika salah mengakulah kesalahan, perbaiki kesilapan.

Jangan ingat bila kita dah jadi wakil rakyat, kita tak boleh ditegur lagi. Kena ingat bahawa wakil rakyat jamaah adalah hak jamaah, hak ahli jamaah dan hak pengundi mereka. Bukan seperti pegawai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap ketua jabatan dan kerajaan.

Jadi bila ada rakyat panggil bila ada kematian ka, musibah ka atau kenduri ka. Jangan bagi tahu rakyat, Saya MC hari ini tak boleh pergi. Jawablah, saya minta maaf saya sakit sangat hari ini tak boleh nak pergi . Tapi kena betul-betul sakit la.

Wassalam.