Tuesday, August 24, 2010

Antara kesusahan rakyat dan sokongan pengikut

Salam,


Baru2 ini penulis bersama pimpinan jamaah kawasan ziarah sebuah rumah penduduk yang baru diperbaiki melalui sumbangan Lujnah Kebajikan dan jamaah cawangan.

Sebelum itu, penulis dan Pengerusi Lujnah Kebajikan telah datang melawat rumah berkenaan setelah mendapat maklumat dari jamaah cawangan.

Rumahnya memang hampir roboh dimakan anai2, zink bocor dan terlompang. Sedih bila tuan rumah ini cerita beliau akan basah apabila hujan lebat turun. Penulis naik ke atas rumah , lantainya reput dan berlubang, nak pijak pun kena hati2.

Penulis bincang dengan Pengerusi Lujnah Kebajikan dan wakil jamaah cawangan untuk bantu tuan rumah baiki rumah bawah dengan menukar zink dan simen lantai supaya tuan rumah ini dapat duduk selesa dan dapat berlindung dari hujan dan panas.

Lujnah Kebajikan mempunyai dana yang terhad, dah banyak aduan rakyat kepada jamaah diselesaikan melalui dana Lujnah Kebajikan. Apabila banyak dana kebajikan keluar, Bendahari Lujnah pun mungkin ada kerisauan dana banyak sangat keluar sedangkan derma kepada lujnah tak dapat tampung dana yang keluar.

Ada asasnya dia risau kerana rakyat mencari jamaah jika ada masalah. Rakyat pula mungkin sudah ada dalam fikiran mereka , wakil rakyat jamaah tak dapat peruntukan jadi tak perlu minta kepada YB.

Mungkin juga sudah menjadi buah mulut rakyat bahawa pergi ke pejabat wakil rakyat, jawapan yang akan diterima adalah tiada peruntukan. Apabila anak pergi ke universiti , rakyat datang cari lujnah untuk dapatkan sikit bantuan.

Apabila berlaku kebakaran , ribut dan musibah, rakyat akan cari jamaah dan lujnah kebajikan akan beri sumbangan. Apabila rakyat sakit perlukan bantuan untuk pembedahan atau perlu kerusi roda, lujnah kebajikan akan beri bantuan.

Penulis tidak salahkan wakil rakyat jamaah kerana mereka memang tiada peruntukan dan menjadi tanggung jawab jamaah membantu wakil rakyat.

Walaupun dana kurang, lujnah tetap bantu baiki rumah dengan bantuan dari jamaah cawangan yang juga kumpul dana bantu tuan rumah. Akhirnya , dalam bulan Ramadhan ini rumah itu dapat dipasang zink baru dan lantai disimen. Syukurlah , tuan rumah dapat sambut hari raya dengan rumah yang lebih selesa.

Sebenarnya , banyak lagi rumah sebegitu dalam kawasan. Lujnah kebajikan tidak mampu untuk bantu semua rumah kerana jamaah bukan kerajaan memerintah. Masih banyak rumah rakyat yang bocor bumbungnya, reput lantainya, berlantaikan tanah, dinding hanya guni plastik. Semua mereka patut dibantu.

Minggu lepas, ada ketua cawangan jamaah telefon kepada penulis maklum tentang seorang ibu tunggal yang kematian suami mempunyai lima anak , yang sulung darjah enam. Ketua Cawangan harap jamaah dapat bantu beli baju raya kepada anak-anak ini.

Bukan ini sahaja aduan rakyat, banyak lagi yang lujnah kena bantu dalam keadaan sumber dana yang terhad. Penulis selalu pesan selagi ada dana bantulah rakyat yang memerlukan kerana Allah akan buka hati orang untuk menderma kepada lujnah.

Penulis tahu wakil rakyat turut sama mencari dana dari orang ramai bagi menyelesaikan masalah rakyat. Apabila wakil rakyat yang mohon derma, ramai yang akan membantu kerana orang ramai tahu wakil rakyat jamaah disekat peruntukan oleh kerajaan.

Cumanya , bila ada banyak dana gunakanlah untuk membantu rakyat. Jangan jadi seperti wakil rakyat Ubn yang menggunakan peruntukan dan dana yang mereka dapat untuk kepentingan diri sendiri.

Mereka tidak guna dana yang mereka ada untuk membantu rakyat sebaliknya digunakan untuk membawa penyokong melancung. Ada yang guna dana berkenaan untuk membeli ketua2 cawangan Ubn supaya ketua2 cawangan ini menyokongnya.

Sekiranya wakil rakyat Ubn ini merasa sudah mula dibenci pengikut. Ada yang sanggup membelanjakan ribuan RM mengadakan majlis meraikan pengikut demi mendapatkan sokongan kembali dari pengikut . Sedangkan ribuan RM yang digunakan itu boleh membantu ramai rakyat yang susah perlukan bantuan.

Wakil2 rakyat Ubn menganggap wang adalah segala-galanya, wang boleh membeli jiwa manusia. Mereka tidak sedar bahawa wang itu sebenarnya akan memusnahkan mereka dan parti yang mereka dokong.

Wassalam.

Wednesday, August 18, 2010

Imam tua dan rostrum serong ( 5 )

Salam,
Tiba malam itu, penulis pergi ke surau dan dengar Imam tua mengajar fardhu ain. Bila dia habis mengajar dia nak tutup terus tapi penulis tahan kerana nak bertanya soalan.
Soalan penulis, “apakah rukun khutbah dan bilangannya?”. Imam tua jawab, rukun khutbah mesti pegang tongkat. Penulis kata “ ohh begitu”. Penulis tanya lagi, “apa lagi rukun khutbah?”. Imam tua jawab “ ada la lagi “. Bila dia jawab begitu , penulis tahu dia tak tahu rukun khutbah walaupun dia bertahun baca khutbah.
Penulis terus tanya Imam tua, kenapa dia fitnah khutbah Raya tidak sah. Dia jawab sebab rostrum serong. Penulis kata rostrum serong bukan rukun khutbah dan penulis kata dekat dia kalau tak tahu rukun khutbah jangan buat fitnah kata tak sah.
Bila penulis nak sambung cakap, Imam tua cakap dah nak sembahyang Isyak . Penulis geleng 2 kepala. Penulis tak sangka , Imam tua rupanya tidak tahu banyak persoalan agama. Imam tua guna sedikit ilmu yang dia tahu untuk perdaya orang kampung yang kurang ilmu agama.
Ada beberapa orang tua dan perempuan Ubn yang ada di surau tidak berkata apa2 sebab mereka pun tahu Imam tua salah buat cerita khutbah tak sah sebab rostrum serong. Tak lama heboh satu kampung cerita penulis tanya soalan pada Imam tua pada malam tu.
Apabila tiba nak solat Raya Haji, penulis ada di kampung. Imam tua seperti biasa bergaya nak baca khutbah raya. Bila sampai, dia tengok penulis dah ada atas surau. Cukup masa nak sembahyang, penulis ambil microfon dan baca panduan sembahyang raya kepada jemaah .
Kemudian penulis jadi imam dan berkhutbah atas tajuk pengorbanan sebenar. Memang penulis berkhutbah bukan baca khutbah macam Imam tua.
Bila berkhutbah dengan intonasi berbeza dari yang selalu orang kampung dengar, maka kata adik perempuan penulis. Ada orang perempuan Ubn yang menitis air mata mendengar khutbah ini.
Walaupun begitu, Imam tua tetap dengan perangai buruknya. Nak melawan hujah dengan penulis tak boleh jadi berpaut kepada Tok Ketua. Imam tua buat cerita khutbah penulis bukan khutbah raya tapi khutbah jumaat, pulak dah.
Orang kampung lain pergi beraya, Imam tua dengan Tok Ketua tak pi beraya dok berbincang dengan To Ketua sampai tengahari atas surau. Dengar kata, depa bincang nak buat laporan polis sebab penulis tak baca teks majlis agama.
Penulis tak kisah pun.Imam tua dan Tok Ketua nak buat laporan polis, buatlah. Khutbah penulis tak sentuh politik pun,yang tersentuhnya Imam tua sebab ada sentuh persoalan riak dan ujub.
Orang2 Ubn yang ramai tak solat juga tersentuh sebab penulis banyak tekankan tentang pengorbanan untuk solat dan buat ibadat.
Penulis tunggu ja kot ada polis nak panggil……………(bersambung)……………
Wassalam.

Thursday, August 12, 2010

Imam tua dan rostrum serong ( 4 )

Salam,
Sebaik Tok Ketua umum sahaja begitu, orang jamaah mula bising dan berlakulah pertengkaran antara Tok Ketua dengan orang jamaah. Orang jamaah berkeras nak penulis jadi imam Raya dan baca Khutbah. Tok Ketua kata tak boleh sebab penulis orang luar kampung.
Sebut sahaja orang luar, orang jamaah marah kepada Tok Ketua dan beri tahu Tok Ketua bahawa datuk penulislah yang usaha tubuh surau itu. Sejarah lama pun diungkit kembali.
Orang Ubn lain tak kata apa2, hanya Tok Ketua bersuara. Imam tua pun tak kata apa2 kerana memang perangainya begitu , cucuk2 orang supaya bergaduh sedang dia sendiri tak berani bersuara.
Bila penulis tengok orang jamaah tak berhenti, penulis tarik Tok Ketua tanya kenapa dia buat begitu dan bagi tahu dia sebagai ketua sepatutnya berlaku adil tak kira parti.
Penulis cadang kepada dia buat bergilir jadi imam Raya. Dia hanya diam tak kata apa2 selepas itu. Malam tu kebetulan abang penulis tak ada, jika ada pasti lagi sakan dia kutuk Tok Ketua sebab dia panas baran.
Esoknya, penulis buat mesyuarat khas dengan orang2 jamaah dan bagi tahu tak perlulah susah hati. Bagi sahaja Imam tua jadi imam Raya,lagipun raya tahun tu penulis balik raya Kelantan.
Tapi masih ada orang jamaah yang tak puas hati dengan sikap Tok Ketua. Hanya kerana parti , orang buat baik pun tak dikenang. Sanggup terima Imam tua yang banyak masalah kerana Imam tua itu Ubn.
Malam sebelum balik raya Kelantan, penulis masih solat di surau. Malam tu, abang penulis pun ada. Selepas qamat, abang penulis tunjuk baran dia cakap “ sapa2 yang nak sangat jadi imam, pi la naik” . Imam tua apa lagi dah nak menapak ke depan. Masa tu , penulis naik jadi imam , Imam tua tak dapat jadi imam lagi.
Selepas jadi imam, penulis cakap kepada jemaah surau yang ada. Penulis tidak akan berimamkan Imam tua yang riak, ujub, sombong dan suka menunjuk2 . Imam tua tak berkata apa2 kerana dia tahu kalau dia bersuara dia akan kena malam tu.
Penulis balik Kelantan, dalam hati dok ingat Imam tua akan jadi imam Raya tahun itu walaupun setiap malam Ramadhan tahun tu penulis solat hajat mohon Imam tua tak jadi imam Raya kerana sifatnya tidak layak jadi imam . Penulis juga berdoa, Allah bagi petunjuk kepada orang kampung .
Pagi raya penulis telefon ayah penulis tanya tentang sembahyang raya. Rupanya Allah telah memakbulkan doa penulis , ayah bagi tahu Imam tua tak boleh jadi imam raya kerana ada seorang imam atas pagar yang bangun jadi imam sebelum dia bangun.
Sebenarnya ,imam itu tak pernah dalam hidupnya jadi imam Raya dan baca khutbah. Penulis memang terkejut sebab imam itu berani bangun dan jadi imam walaupun ada Imam tua, mungkin dia pun dah tak tahan dengan kelaku Imam tua.
Bila balik kampung, baru penulis tahu ceritanya. Imam tua memang dah bergaya nak jadi imam Raya tetapi tak sempat sebab imam sorang lagi bangun. Oleh kerana pertama kali baca khutbah, bacaannya tentulah tidak lancar, mengeletar dan tersekat2. Rostrum tempat nak baca khutbah pun serong letaknya.
Imam tua mula buat cerita, khutbah Raya tidak sah sebab rostrum serong. Teruknya dia buat fitnah dan penulis bertekad akan hentikan fitnah itu.
Penulis tunggu malam Imam tua mengajar fardhu ain kepada orang perempuan dan budak2 kampung...........bersambung...................
Wassalam.

Tuesday, August 10, 2010

Imam tua dan rostrum serong ( 3 )

Salam,


Apabila penulis masuk ‘U’ dan terlibat aktif dengan jamaah kampus, penulis jarang balik kampung. Tapi penulis tak tinggal terus surau, bila balik penulis akan ke surau berjemaah. Surau seperti biasa, kadang2 ada jemaah kadang2 tak ada.

Imam tua seperti biasa masih jadi ikutan dan harapan orang2 Ubn kampung kerana mereka tidak ada orang lain yang mampu. Imam tua pun tahu tidak ada siapa yang berkemampuan seperti dia, jadi apa sahaja yang dibuat walau tidak betul , tiada siapa berani tegur.

Surau hanya ramai pada malam Jumaat apabila budak2, orang perempuan dan beberapa orang Ubn datang untuk baca Yaasin. Malam lain sunyi, Imam tua bukan hari2 datang surau , tapi malam Jumaat pasti datang sebab masa inilah nak tunjuk kehebatannya ketuai bacaan Yaasin dan tahlil.

Apabila habis ‘U’ , penulis rasa masanya sudah tiba untuk betulkan keadaan di kampung. Sebelum ni bukan tak mahu terlibat tapi tumpuan banyak kepada jamaah kampus. Lagi pun rasa diri masih muda untuk betulkan keadaan di kampung.

Pada masa itu, sudah ada banyak kedengaran tak puas hati orang2 jamaah dan atas pagar di kampung terhadap Imam tua yang menguruskan surau. Masalah pingan mangkuk, bil air dan letrik dan macam2 lagi.

Penulis ajak orang jamaah dan atas pagar pergi surau, ada di kalangan orang atas pagar yang boleh jadi imam dan ketuai bacaan tahlil tapi tak berani dengan Imam tua.

Tok Ketua kampung pun dah bertukar tetapi masih orang kuat Ubn, penulis buat baik dengan Tok Ketua dan minta kebenaran tubuh jawatankuasa surau supaya masalah di surau selesai dan dia setuju. Penulis buat kertas kerja penubuhan jawatankuasa surau.

Akhirnya, jawatankuasa surau dibentuk dengan Pengerusinya JKKK agama kampung dan Ajk surau campur2 ada atas pagar, orang jamaah dan orang Ubn. Perlantikan imam , bilal dan siak juga dibuat. Imam tua juga dilantik bersama dua orang Imam orang atas pagar.

Surau dah mula ramai kerana masalah pinggan mangkuk dah selesai kerana pengurusan sudah diserah kepada Ajk Surau. Bila dah ada jawatankuasa surau, penulis buat kertas kerja mohon dari Baitulmal nak besarkan surau.

Penulis ambil gambar surau dan panggil kawan di ‘U’ yang ambil senibina untuk lukis pelan surau . Surat permohonan lengkap dengan gambar dan pelan surau dihantar ke Baitulmal. Sebulan kemudian Baitulmal luluskan peruntukan RM 15 ribu untuk besarkan surau.

Penulis kemudiannya , kumpul ahli dan tubuh cawangan jamaah di kampung . Abang penulis pun terlibat membantu mengerakkan cawangan jamaah. Pada masa yang sama, penulis sambung belajar setahun dekat ‘U’ , berkahwin dan mula aktif dengan pemuda jamaah Jelutung PP.

Ramai ustaz2 yang penulis panggil buat ceramah dan kuliah di surau. Orang kampung ramai yang hadir termasuk orang2 Ubn.

Apabila hampir Ramadhan , penulis buat mesyuarat cawangan jamaah untuk bincang bantuan kepada orang susah kampung. Dalam mesyuarat tu, orang jamaah kampung minta orang jamaah ambil alih jadi imam dan baca khutbah raya.

Sudah keluar usul bahawa Imam tua dah tak layak jadi imam kerana sifat riak dan suka menunjuk2 . Masa tu orang atas pagar ramai yang bagi sokongan.

Apabila tiba Ramadhan penulis balik dan jadi imam apabila sembahyang terawih. Apabila penulis tak ada, abang penulis yang duduk di bandar dekat kampung balik untuk jadi imam. Imam tua rasa tergugat dan mula mencari jalan untuk jadi imam kembali.

Imam tua tak boleh senang2 nak buat fitnah kepada penulis dan abang kerana orang kampung pun kenal akhlak kami. Imam tua pun tak boleh nak fitnah berkaitan sembahyang kerana bacaan kami lebih elok dan kami pun boleh ketuai bacaan tahlil selepas terawih.

Akhirnya, Imam tua dapat jalan mula berbaik2 dengan Tok Ketua yang sebelum ini dia tak berapa baik. Imam tua sebar fitnah kata penulis dan abang orang luar yang kacau kampung.

Imam tua buat cerita kepada orang2 Ubn kampung bahawa orang jamaah dah kuasai surau. Walaupun begitu , Tok Ketua dan orang kuat Ubn kampung tak boleh larang kami jadi imam terawih kerana tidak berani berhujah dengan penulis dan abang. Lagipun, Imam tua yang mereka harap untuk jadi imam pun tak boleh jadi imam sebab kami ada.

Namun Ubn tetap Ubn , mereka tak kan senang duduk . Tigahari sebelum Syawal , selepas terawih Tok Ketua buat mesyuarat tergesa2 kononnya nak bagi tahu yang Baitulmal luluskan peruntukan besarkan surau. Kemudian dia umum Imam tua akan jadi imam Raya dan baca khutbah..........bersambung..................

Wassalam.

Wednesday, August 4, 2010

Kebenaran berpolitik bukan bermakna pegang jawatan politik

Salam,


Rasanya belum terlambat untuk penulis bagi pandangan berkaitan isu kerajaan benarkan guru DG 41 dan 44 berpolitik. Bukan tak mahu ulas awal, tapi nak tengok respons kawan2 cikgu. Bukan nak minta pandangan mereka tapi nak tengok aksi mereka selepas kebenaran ini.

Penulis ingin ulas dahulu pandangan beberapa pimpinan tertinggi jamaah bahawa kebenaran ini bertujuan menzahirkan guru2 yang memegang jawatan politik dalam Ubn. Begitu juga pandangan mereka bahawa kebenaran ini satu usaha memerangkap guru2 yang memohon memegang jawatan politik dalam Pakatan.

Siapa guru2 DG 41 dan 44?. Sapa2 sahaja yang ada ijazah berkhidmat sebagai guru, gajinya gred DG 41. Bila dah lama mengajar sehingga lebih 10 tahun, gaji naik gred DG 44.

Guru2 DG 41 dan 44 tak sama pemikirannya dengan guru2 DG yang lebih bawah. Kebanyakan mereka mengajar di sekolah menengah dan hampir 70 peratus adalah penyokong Pakatan. Tak percaya pilah mana2 sekolah menengah, dalam sebulan bergaul dengan mereka kita akan tahu sokongan politik mereka.

Namun begitu, guru2 ini tidak menzahirkan sokongan mereka secara jelas kerana pelbagai ugutan daipada kerajaan Ubn. Akujanji la, tak naik pangkat la, tak dapat cemerlang la, blacklist la, kena tukar la. Memang ada guru hadapi tekanan itu, tapi tak ramai pun yang kena.

Walau tak ramai yang kena tetap menakutkan guru2 penyokong Pakatan. Tekanan ini menyebabkan mereka takut nak bercakap politik di sekolah bersama rakan2 guru, tak berani nak pergi ceramah Pakatan, tak berani nak sentuh politik dalam kelas, nak pegang jawatan dalam parti lagi la tak beraninya.

Bukan guru2 akademik biasa sahaja, yang ustaz dan ustazah lebih banyak takutnya dari guru biasa. Tak percaya, tengoklah dalam jamaah kawasan kira berapa ramai ustaz dan ustazah terlibat dalam jamaah dibanding guru2 biasa.

Yang hendak diperangkap oleh Ubn ialah guru2 yang masih berani pegang jawatan dalam Pakatan walau ada larangannya. Bila ada kebenaran ini mereka harap guru2 ini akan memohon daripada kementerian. Dapatlah kenalpasti dan ambil tindakan kepada guru2 ini.

Ubn dok rasa jerat mereka akan mengena tapi guru2 bukan bodoh nak hulur tengkok untuk disembelih. Tunggulah, tak dak sapa nak mohon pegang jawatan dalam Pakatan. Tapi bila tak dak yang mohon, Ubn akan isytihar la pula guru2 tak mohon sebab tak sokong Pakatan.

Guru mana yang akan mohon? tentulah guru2 yang sokong Ubn. Dulu bukan mereka tak pegang jawatan , pegang tapi bila nak naik sikit musuh politik mereka dok cantas guna isu larangan guru berpolitik untuk perjatuh mereka.

Guru2 ini bukan takut dekat pengetua, pengetua yang takut kat mereka. Yang ditakutkan ialah musuh politik dalam Ubn sendiri. Bila ada kebenaran ini , barulah mereka boleh naik tinggi dalam politik bahagian.

Ubn pun nampak masalah ni, mana tidaknya calon2 Ubn dalam PRU 12 ramai yang tak dak ijazah. Ada yang SPM pun tak lepas tapi jadi calon, ada yang kerja kerani sekolah sahaja tapi dapat jadi wakil rakyat. Lawan mereka pula calon2 Pakatan terutama DAP dan jamaah berkelulusan universiti dalam dan luar negara.

Rakyat semakin hari semakin ramai yang cerdik.Bila dah cerdik , rakyat akan lebih tengok calon dari parti. Kalau calon pun bermasalah, calon pun tak da kelulusan macam mana nak menang. Sekiranya, kebenaran ini tak diberi alamatnya ramai la calon Ubn yang tak dak ijazah untuk PRU 13.

Itulah kehendak Ubn sebenarnya di sebalik kebenaran guru2 DG 41 dan 44 berpolitik. Namun, apa yang berlaku di sekolah selepas kebenaran ?. Betul2, guru Ubn dah mula memohon daripada kementerian untuk pegang jawatan dalam politik sebab sebelum ni pegang jawatan tanpa kebenaran.

Bagaimana pula guru2 penyokong Pakatan?. Sudah ada yang berani bawa harakah ke sekolah, dulu tak berani. Dah ada yang buka blog pro Pakatan, dulu sembunyi2.

Bercakap hal politik dah terang2, dulu cakap sambil tengok2 orang. Dah berani pergi ceramah Pakatan, dulu takut atau dengar kot jauh dalam gelap.

Bila ditanya dah tak takutkah, guru2 ini akan bagi jawapan dah dapat kebenaran. Rupanya kebenaran berpolitik ini bagi guru2 bukan semata2 pegang jawatan dalam parti tetapi segala2 yang berkaitan dengan politik.

Dulu tidak dapat kebebasan ini, sekarang sudah ada kebebasan.Pengetua pun tak boleh nak ambil tindakan semborono kerana peraturan membenarkan. Dulu ya boleh ambil tindakan atas alasan ada larangan, sekarang larangan itu sudah tiada.

Apabila melihat suasana ini, penulis amat bersetuju dengan kebenaran ini kerana kesannya amat baik untuk Pakatan walaupun di situ ada perangkap dari Ubn.

Walaupun guru2 berpandangan berpolitik bukan bermakna pegang jawatan dalam politik, penulis harap ramai di kalangan mereka akan semakin berani memegang jawatan dalam jamaah.

Wassalam.

Monday, August 2, 2010

Pemimpin rasuah : DAP pecat, Ubn simpan

Salam,


Seorang Ahli Majlis dari DAP telah dipecat oleh partinya kerana dituduh menyalahguna kepala surat seorang Exo Selangor dari DAP bagi mendapatkan kontrak untuk keluarga dan kroninya.

Seperti biasa media Ubn akan mengambil kesempatan dari kes ini dengan menemuramah Ahli Majlis ini. Jawapannya tentulah DAP mengambil tindakan terburu2 dan tidak matang kerana siasatan masih belum selesai.

Ubn pasti akan mensensasikan kes ini untuk menghentam DAP dan ada kemungkinan Ahli Majlis ini akan dipujuk menyertai mereka. Semua tahu Ubn akan mengutip semua buah2 buruk dari Pakatan Rakyat bagi menunjukkan Pakatan sudah tidak dipercayai sehingga pemimpin ini keluar dari Pakatan.

Zahirnya nampak macam DAP ni terburu2 tapi penulis yakin kesalahan Ahli Majlis ini sudah diketahui pemimpin DAP pusat. Macam mana mereka tahu? kerana kesalahan ini berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor dan Exco dari DAP itu juga adalah pemimpin DAP pusat.

Mengapa DAP pecat? bukankah penyelewengan ini boleh ditutup dan Ahli Majlis ini boleh diselamatkan. DAP tidak takutkah maruah parti itu akan jatuh kerana ada pemimpinnya yang rasuah.

Inilah prinsip namanya. Mana lebih bermaruah menutup kesalahan pemimpin yang terbukti rasuah atau memecatnya. DAP memilih untuk memecat Ahli Majlis ini kerana parti ini tegas menentang penyelewengan dan rasuah.

Lihatlah di Pulau Pinang negeri yang DAP berkuasa. Mengapa dua katak melompat? kerana projek untuk keluarga dan kroni tidak dilulus oleh Guan Eng.

DAP ternyata benar2 bertindak di atas prinsip CAT iaitu Competency (Keupayaan), Accountability (Akauntabiliti) dan Transparency (Ketelusan). DAP tahu prinsip inilah yang akan mengukuh sokongan rakyat terhadap DAP dan menjamin masa depan DAP dalam politik Malaysia.

Prinsip inilah yang meresahkan Ubn kerana setiap serangan mereka terhadap kerajaan Pulau Pinang, pelurunya akan kembali kepada Ubn.

DAP boleh sahaja menutup kes rasuah Ahli Majlis ini kerana kuasa untuk menutup di tangan mereka. Malah sekiranya kes ini berlaku semasa zaman Ubn memerintah, Ahli Majlis Ubn pasti tidak akan didakwa kerana mudah sangat nak tutup kes yang dibawah kuasa kerajaan Ubn.

Jika berlaku di zaman Ubn memerintah, bagaimana pemimpin Ubn menutup kes rasuah pemimpin Ubn jika ada aduan.

Pertama suruh orang yang buat aduan sediakan bukti2, sedangkan bukti2 sebenarnya sudah ada kerana rasuah itu berlaku dalam pengetahuan pemimpin Ubn. Tangan mereka yang meluluskan.

Pemimpin Ubn juga boleh beri jawapan tidak tahu menahu tentang kes itu. Pada halnya, mereka yang bertanggungjawab dalam meluluskan projek berkenaan dan mereka pun tahu ada di antara mereka yang rasuah.

Satu lagi jawapan yang akan diberi jika sudah ada bukti diberi ialah pengadu kena pi tanya sendiri pemimpin Ubn yang rasuah. Sapa yang buat salah nak mengaku. Sepatutnya, jika ada aduan pemimpin tertingilah yang bertanya kepada pemimpin yang dituduh rasuah bukan pengadu.

Jawapan paling biadap dari pemimpin Ubn jika ada aduan rasuah pemimpin mereka ialah abaikan sahaja, jangan layan.

Inilah jawapan yang diberi kepada aduan terhadap pemimpin Ubn yang rasuah. Semuanya bertujuan menutup kes berkenaan supaya tidak diketahui umum dan menyelamat pemimpin berkenaan daripada diambil tindakan.

Penulis berharap tindakan menyelamatkan pemimpin yang rasuah tidak berlaku dalam jamaah. Jawapan yang diberi oleh pemimpin Ubn di atas, harapnya tidak digunakan untuk menyelamatkan pemimpin jamaah yang rasuah.

Jika ada berlaku demikian, penulis ingatkan pemimpin jamaah yang melindungi pemimpin rasuah. Mereka mungkin boleh melindungi perbuatan keji ini di dunia, tetapi adakah mereka dapat lari dari pertanyaan Allah di akhirat kelak. Lebih berat lagi mereka memimpin jamaah yang menentang rasuah.

Ingatlah perbuatan melindungi pemimpin rasuah tidak akan menguntungkan jamaah malah jika diketahui umum merosakkan nama baik jamaah.

Inggat juga jika sudah ada pemimpin jamaah yang melindungi pemimpin rasuah, akan ada pula ahli jamaah yang akan mengikut jejak mempertahankan pemimpin rasuah.

Justeru pemimpin rasuah perlu diambil tindakan jika ada aduan, sekurang2nya buatlah penyiasatan seperti yang dilakukan oleh DAP terhadap pemimpinnya yang rasuah.Sekiranya sudah dalam pengetahuan tentang rasuah berkenaan ambillah tindakan, bukan simpan seperti Ubn.

Wassalam.